Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Ada Temuduga SPP? 4 Panduan Menjawab Dengan Effective Soalan Temuduga SPP

temuduga spp min
Temuduga SPP

Panduan Menjawab Dengan Betul Soalan Temuduga SPP. Seperti kita sedia maklum, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan akan membuat pengambilan secara guru one off dimana seramai 18,702 kekosongan bagi gred DG41.

Tawaran itu dibuka untuk graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda yang berminat untuk menjadi guru. Pihak Kementerian Pendidikan memberikan keutamaan kepada graduan pendidikan dalam pengambilan ini.

Maklumat lanjut berkaitan iklan tawaran akan dikeluarkan pada 7 Julai 2021. Oleh itu, perkongsian ini memberikan panduan kepada para graduan untuk membuat persediaan dan persiapan dalam menghadapi temuduga SPP kelak.

Panduan Menghadapi Temuduga SPP dengan Betul

3b10c284 1c94 4668 8f62 25f3b08c011b 2

Untuk menjadi seorang guru, sifat guru yang terdapat di dalam diri calon dan tahap pengetahuan calon dalam bidang pendidikan akan dilihat oleh para penemuduga. Oleh itu, calon-calon perlu membuat persediaan rapi dan tahu cara menjawab dengan betul.

Terdapat beberapa aspek dan nilai akan diperhatikan dalam temuduga calon guru. Berikut adalah panduan yang betul untuk menjadi rujukan anda semua.

1. Pakaian

Perkara yang amat penting untuk menjadi kakitangan awam ialah penampilan diri dan personaliti diri. Pakaian dan pemakaian perlulah nampak profesional dimana ianya melambangkan imej seorang guru.

  • Ketika temuduga, calon perlulah memakai pakaian seperti seorang guru.
  • Pastikan calon memakai Nametag dengan ukuran yang tepat. Boleh dapatkan di kedai membuat percetakan nametag dan ukuran untuk guru.
  • Anda akan kelihatan formal apabila memakai nametag dan warna formal ialah latar belakang hitam dan tulisan berwarna putih. Pastikan nama ditulis dalam tulisan abjad Bahasa Melayu.
  • Pilih pakaian yang bersesuaian dari segi warna, pastikan tidak terlalu menonjol dan keterlaluan.
  • Elakkan memakai pakaian berwarna kusam dan terlalu gelap.
  • Sekiranya anda berhijab, pakai tudung dengan kemas. Bagi calon yang freehair pastikan anda mengikat rambut anda dengan kemas.
  • Jangan memakai solekan tebal.

Untuk maklumat terperinci mengenai cara pemakaian anda boleh rujuk perkongsian kami Tips Berpakaian Secara Profesional ini.

2. Percakapan

  • Berlatih cara berkata-kata dan percakapan anda dengan menyusun bahasa dan bercakap dengan penuh keyakinan serta tenang.
  • Sekiranya penemuduga memberi soalan dalam bahasa tertentu, pastikan anda menjawab menggunakan bahasa yang sama.
  • Serlahkan keyakinan diri anda ketika menjawab soalan, jangan beragak-agak. Pastikan anda menunjukkan sifat seorang guru yang anda miliki.
  • Elakkan bercakap terlalu panjang, pilih waktu yang tepat untuk berhenti dan mulakan percakapan.

3. Ilmu Pendidikan

  • Pastikan calon mempunyai pengetahuan yang banyak dan mahir dengan mata pelajaran yang dimohon. Sebagai contoh, sekiranya anda memohon sebagai guru Sains, anda perlu memahami dan mengetahui ilmu-ilmu Sains.
  • Pedagogi
    • Graduan ISMP, ingat semula ilmu pendidikan yang anda pelajari ketika di universiti
    • Graduan ISM, anda belajar dan fahami ilmu pedagogi dan ilmu untuk mengajar anak murid.

Contoh-contoh soalan yang mungkin akan ditanya:

Apakah perkara pertama yang perlu anda lakukan semasa masuk ke kelas sebelum mengajar?

  • Para penemuduga biasanya akan memberi situasi dan meminta calon untuk menilai apa yang perlu dilakukan dalam situasi tersebut. Soalan daripada penemuduga tidak dapat dijangka
  • Untuk menjadi seorang guru, anda perlu tahu semua perkara.

4. Isu Pendidikan Negara & Pengetahuan Am

  • Calon perlu tahu isu pendidikan terkini
  • Bukan sahaja isu pendidikan, calon perlu mengetahui hal-hal umum negara seperti pemerintah negara dan jabatan yang ada.
    • Soalan sensitif juga akan ditanya dan calon perlu berfikir dengan tenang dan mengawal emosi dan keadaan sekeliling.
    • Calon perlu membuat kajian berkaitan pengetahuan am

Perkongsian 

Akhir kata semoga perkongsian ini Panduan Menjawab Dengan Betul Soalan Temuduga SPP dapat membantu serta memberikan sedikit panduan kepada para calon untuk menghadapi temuduga SPP kelak. Segala persediaan rapi sangat penting untuk memastikan proses temuduga dapat dilaksanakan dengan lancar.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati