Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kesan Dakwat Kekal Official Lepas Mengundi Boleh Hilang Dengan Effective Guna Kaedah Ini

Dakwat Kekal

Kesan Dakwat Kekal Lepas Mengundi Boleh Hilang Dengan Kaedah Ini. Kita baru sahaja usai mengadakan Pilihanraya Umum ke-15 pada 19 November 2022.

Sejak PRU 14, kita diperkenalkan dengan dakwat kekal bagi pengundi yang telah selesai menunaikan tanggungjawab mengundi bagi memilih parti yang layak untuk mentadbir negara.

Dakwat kekal adalah bertujuan untuk memberikan tanda bahawa seseorang individu telah pun mengundi dan mengelakkan daripada sebarang penipuan mengundi 2 kali.

Apakah fungsi dakwat kekal ketika pilihanraya?

Dakwat kekal adalah sejenis dakwat atau bahan pencelup yang digunakan pada jari pengundi sewaktu sesbuah pilihanraya dijalankan.

Ianya bertujuan mengelakkan sebarang kejadian penipuan dilakukan ketika proses undian dilakukan.

Contohnya, seperti pengundian lebioh dari satu kali atau pengundian oleh mereka yang bukan warganegara atau tidak sah mengundi.

Dakwat kekal ini biasanya akan mengambil masa yang lama untuk hilang kerana sifatnya kekal pada kulit.

Ianya juga mengambil masa lebih lama untuk hilang dan luntur daripada kuku.

Sebenarnya penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya bukanlah perkara yang baharu.

Kerana di negara lain seperti Indonesi, Filipina, India dan juga Mali telah lama menggunakannya

Cara hilangkan dakwat mengundi pada jari anda

Tidak sedikit yang kongsikan cara untuk hilangkan dakwat mengundi daripada jari dengan cepat.

Disini kami akan mengongsikan kepada anda cara untuk hilangkan dakwat mengundi dengan berkesan dan cara ini paling banyak di kongsikan di media sosial.

Ini caranya:

Guna buah lemon dan peluntur

lemon scaled
Lemon

Kaedah ini adalah merupakan cara yang paling berkesan.

Sediakan bahan berikut:

  • Buah lemon
  • Cecair peluntur
  • Krim pelembab
  • Air suam

Cara-cara :

  1. Mula-mula campurkan cecair peluntur kedalam satu bekas dan kacau sehingga sebati.
  2. Lepas tu masukkan jari yang ada kesan dakwat kekal kedalam bekas air yang bercampur dengan peluntur tadi selama 30 saat
  3. Kemudian, bila keluarkan jari gosokkan jari dengan potongan buat lemon
  4. Anda boleh juga mnggosok dengan lemon pada jari anda sambil bilas dengan air.
  5. Ulanginya sampai warna dakwat mulai pudar.
  6. Setelah itu, gunakan cecair krim pelembab pada jari kerana asid pada peluntur dan lemon membuat kulit menjadi kering.
Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati