Jawatan Kosong Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kini sedang dibuka permohonannya sehingga tarikh tutup pada 5 September 2021. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mempelawa anda yang berkelayakan, dinamik dan berpandangan jauh
untuk mengisi kekosongan jawatan Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana secara TETAP. Maklumat kekosongan jawatan adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini.
Senarai Jawatan Kosong UNIMAS dan Bilangan Kekosongan
Isi Kandungan
- Juruukur Bahan, Gred J41 (1 kekosongan)
- Pegawai Keselamatan, Gred KP41 (1 kekosongan)
- Jururawat, Gred U41 (1 kekosongan)
- Pegawai Tadbir, Gred N41 (1 kekosongan)
- Pegawai Penyelidik, Gred Q41/Q43/Q47/Q51/Q53 (1 kekosongan)
- Penolong Pegawai Farmasi, Gred U29 (1 kekosongan)
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred FA29 (1 kekosongan)
- Setiausaha Pejabat, Gred N29 (2 kekosongan)
- Pembantu Awam, Gred H11 (2 kekosongan)
- Pengawal Keselamatan, Gred KP11 (4 kekosongan)
Syarat-syarat Kewarganegaraan dan Umur
Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan hendaklah berumur tidak kurang daripada lapan belas (18) tahun pada tarikh iklan ditutup.
Syarat-syarat Lantikan
Sila rujuk maklumat di dalam iklan jawatan kosong yang disediakan di bawah untuk mengetahui syarat-syarat lantikan bagi setiap jawatan yang ingin dipohon.
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
MUAT TURUN: IKLAN JAWATAN KOSONG UNIMAS SEPT 2021
Cara Permohonan
- Pemohon hendaklah memohon melalui borang permohonan jawatan secara dalam talian (eRecruitUNIMAS) yang boleh dicapai melalui pautan berikut: https://erecruit.ia.unimas.my
- Permohonan ini dibuka mulai 23 Ogos 2021 – 5 September 2021
Keterangan AM
Makluman Ujian Khas/Tapisan Memasuki Perkhidmatan dan/atau Temu Duga
- Pemohon yang telah disenarai pendek akan dipanggil untuk menjalani ujian/proses tapisan yang akan ditetapkan oleh UNIMAS (jika perlu) sebelum dipanggil ke sesi temu duga.
- Pemohon tidak perlu menghantar sebarang dokumen sehingga dipanggil untuk menghadiri ujian tapisan/temu duga (disenarai pendek) tetapi perlu memuat naik kesemua sijil-sijil berkaitan mengikut keperluan eRecruitUNIMAS seperti berikut:
(a) Kad Pengenalan;
(b) Sijil Kelahiran;
(c) Sijil-sijil akademik yang berkenaan beserta transkrip;
i. PMR/SRP/setaraf;
ii. SPM/setaraf;
iii. STPM/Setaraf;
iv. Diploma;
v. Ijazah Sarjana Muda;
vi. Ijazah Sarjana; dan
vii. PhD (Doktor Falsafah).
(d) Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan. - Kegagalan untuk memuat naik sijil-sijil akademik/sijil berkaitan dianggap tidak melengkapkan permohonan.
- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Makluman Lain
- Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
- Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkenaan jawatan kosong ini, sila hubungi pihak UNIMAS di talian 082-58 1139/1100/2337 atau e-mel ke alamat [email protected].
- KEKOSONGAN JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN KUMPULAN PELAKSANA (unimas.my)
Senarai jawatan kosong yang lain:
- Program Latihan Penyerapan Kerjaya RISDA
- Jawatan Kosong PSH Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
- Jawatan Kosong Jurutera Gred J41 (Mekanikal)
- Jawatan Kosong Jurutera Gred J41 (Elektrik)
- Jawatan Kosong Jurutera Gred J41 (Awam)
- Jawatan Kosong Pegawai Belia dan Sukan Gred S41
- Jawatan Kosong Pembantu Penerangan Gred S19
- Jawatan Kosong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41
- Jawatan Kosong Pegawai Hidupan Liar Gred G41
- Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia
- Jawatan Kosong Pegawai Sains Gred C41
- Jawatan Kosong Pegawai Sains Gred C41 (Pemakanan)
- Jawatan Kosong Program Pembangunan Peneroka FELDA
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 65/22
- Jawatan Kosong Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan pada masa ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!