Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2021/2022 Telah Dibuka sehingga 31 Oktober 2021. Biasiswa ini dibuka kepada para pelajar yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi tempatan.
Yayasan ANGKASA memberikan kemudahakan pendidikan secara Pembiayaan Boleh Ubah (Biasiswa) kepada semua pelajar yang mempunyai kriteria diinginkan bagi melanjutkan pelajaran sepenuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) Tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2021/2022 Telah Dibuka
Isi Kandungan
Tarikh Penting
Tarikh Buka Permohonan : 1 Ogos 2021
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober 2021
Kelayakan Memohon
- Untuk memohon biasiswa Pendidikan Yayasan ANGKASA, pemohon mestilah memenuhi kriteria seperti berikut:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia
- Merupakan anggota koperasi yang berdaftar bawah ANGKASA/ anak anggota koperasi
- Menerima surat tawaran pengajian dari mana-mana Institut Pengajian Tinggi
- Pemohon MESTI belum menerima sebarang penajaan atau bantuan pendidikan dari mana-mana penaja adalah layak memohon.
- Tempoh maksimum pengajian selama empat (4) tahun pengajian (mod pengajian sepenuh masa sahaja).
- Pemohon mestilah berumur:
- Anggota koperasi (Koperasi Tersebut berdaftar Ahli Angkasa)- Umur tidak melebihi 40 tahun
- Anak anggota koperasi-Umur tidak melebihi 25 tahun
- Bagi syarat-syarat kelayakan akademik adalah berbeza mengikut peringkat pengajian. Pemohon boleh melayari pautan yang disediakan di bawah untuk melihat syarat kelayakan akademik tersebut:
Cara Memohon
Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan seperti berikut:
- Permohonan hendaklah dilakukan dan dihantar secara atas talian sahaja. Klik pada pautan berikut: Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA
- Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu mendaftar dengan pembelian nombor PIN bernilai RM10 terlebih dahulu. Pembelian PIN boleh dibuat melalui aplikasi JomPAY.
- Pemohon yang telah membuat pembelian melalui JomPAY akan menerima nombor PIN secara kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).
- Apabila telah mendapat PIN Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA, anda boleh terus mendaftar di portal pelajar.
- Pemohon diwajibkan untuk mengisi kesemua maklumat permohonan dengan lengkap.
- Hanya permohonan yang LENGKAP sahaja akan diproses oleh pihak Yayasan ANGKASA.
Kelebihan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA
Pembiayaan boleh diubah menjadi Biasiswa berdasarkan pencapaian kelas dan gred keseluruhan purata ijazah seperti berikut:
- Kelas Pertama : 100% Biasiswa
- Kelas Kedua Atas : 60% Biasiswa
- Lain-lain kelas : 100% Pembiayaan
Untuk pengetahuan anda, Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA tidak dikenakan sebarang faedah.
Maklumat Lanjut
Jika sekiranya calon mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui keterangan lebih lanjut, boleh hubungi talian berikut:
Facebook : Yayasan ANGKASA
Instagram: @yayasanangkasa
Twitter: @yayasanangkasa
YAYASAN ANGKASA (924157-D)
Alamat : No. 402, Tingkat 3, Blok C, Glomac Business Centre, No 10, Jalan SS6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-7880 5358/6358/9358
Faks : 03-7886 3357
Sebelum ini kami ada berkongsi maklumat berkaitan pendidikan seperti Permohonan Bnatuan Yuran Pendaftaran IPT MAIJ sehingga RM1,000 dan Permohonan Program Graduan Cemerlang MARA.
Semoga perkongsian Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2021/2022 dapat membantu para pelajar yang layak untuk membuat permohonan pembiayaan pendidikan Yayasan ANGKASA ini bagi melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.