Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Kemasukan ke Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara 2022

Permohonan Kemasukan ke Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara

Permohonan Kemasukan ke Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam telah membuka permohonan kemasukan pelajar bagi sesi Julai 2021. Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia digalakkan untuk memohon.

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) adalah di bawah kendalian Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS). Ianya adalah dibawah naungan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Selain daripada IKTBN, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) juga dibawah ILKBS. Terdapat pelbagai kemahiran yang tawaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara mengikut lokasi dan alamat IKTBN.

IKTBN Bukit Mertajam telah membuka permohonan masuk ke kampus kepada sesiapa berminat untuk sesi Julai 2021.

IKTBN Bukit Mertajam
Kemasukan ke Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara

CARA PERMOHONAN Kemasukan ke Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara

Permohonan kemasukan pelajar ke IKTBN Bukit Mertajam sesi Julai 2021 dilanjutkan dan dibuka kepada semua sesiapa yang berminat:-

  • Permohonan perlu dilakukan secara manual
  • Pemohon mesti mengisi maklumat diri, pengajian yang ingin dipilih dan lain-lain di dalam Google Form dibawah ini :-

SYARAT UMUM Kemasukan ke Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara

  • Pemohon mesti sekurang-kurangnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
  • Mestilah berusia 18 hingga 30 tahun
  • Bujang atau belum berkahwin
  • Calon mestilah sihat tubuh badan
  • Sihat penglihatan tidak rabun warna

Antara bidang kemahiran yang ditawarkan di IKTBN Bukit Mertajam adalah seperti berikut:-

bidang2 tawaran
Kemasukan ke Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara

Kemudahan Yang Disediakan

  • Elaun Bulanan Semester 1 & 2 – RM100.00
  • Elaun Bulanan Semester 3,4,5 & 6 – RM200.00
  • Elaun Latihan Industri – RM300.00
  • Asrama disediakan sepanjang belajar
  • Makanan dan minuman diberikan PERCUMA
  • Kemudahan Tempat Sukan dan Bengkel
  • Kemudahan Surau

Maklumat Lanjut Kemasukan ke Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara

Jika anda berminat dan mempunyai sekarang pertanyaan berkaitan dengan Kemasukan Permohonan ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam, boleh hubungi :-

Unit Pengambilan Pelajar IKTBN,
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
Jalan Berapit,
14000 Bukit Mertajam ,
Pulau Pinang.

Tel / Whatsapp : 011-58538961 (En.Nashriq)
Emel: [email protected]
Laman Web : www.iktbnbm.gov.my
Facebook :Facebook IKTBN Bukit Mertajam
Instagram : Instagram IKTBN Bukit Mertajam

Perkongsian Bermanfaat 

Akhir kata, kami berharap dengan perkongsian artikel kami ini Permohonan Kemasukan ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam, dapat menyebarkan berita gembira kepada para pelajar yang berminat mengembangkan bakat dalam bidang kemahiran.

Seiring dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), menggalakkan pelajar-pelajar menceburi bidang kemahiran untuk mengembangkan bakat mereka. Semoga para pelajar dapat merebut peluang baik ini dan menceburi bidang kemahiran supaya dapat membantu ekonomi negara seiring dengan teknologi semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati