Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

UJIAN SPIER PDRM BAGI JAWATAN: INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/ WANITA); DAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI/ WANITA)

Ujian Spier PDRM
Ujian Spier PDRM

UJIAN SPIER PDRM BAGI JAWATAN: INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/ WANITA); DAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI/ WANITA). Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru sahaja membuat pengumuman mengenai panggilan ujian spier-pdrm bagi jawatan inspektor polis gred YA13 (lelaki/perempuan) dan konstabel polis gred YA1 (lelaki/perempuan). Pengumuman itu dibuat selepas proses pemeriksaan ujian fizikal pada 21/1/2022 – 20/3/2022. Pengumuman daripada Facebook Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia ini merupakan berita gembira kepada calon Sabah dan Sarawak yang lulus ujian fizikal yang diadakan sebelum ini. Kepada calon dari Sabah dan Sarawak yang lulus ujian fizikal, anda boleh membuat semakan panggilan ujian Spier-PDRM bermula 9 Mei sehingga 7 Jun 2022.

SEMAKAN PANGGILAN UJIAN SPIER PDRM BAGI JAWATAN: INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/ WANITA); DAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI/ WANITA)

Tahniah diucapkan kepada mereka yang lulus pemeriksaan ujian fizikal baru-baru ini. Kini, kepada calon Sabah dan Sarawak yang lulus anda dipersilakan membuat semakan bagi panggilan ujian Spier-PDRM yang bermula dari 9 Mei 2022 sehingga 7 Jun 2022.

Cara Membuat Semakan Panggilan Ujian Spier PDRM

Berikut merupakan cara untuk membuat semakan panggilan ujian spier PDRM bagi calon Sabah dan Sarawak yang lulus sebelum ini :

  1. Sila log masuk ke akaun anda di e-pengambilan PDRM.epengambilan pdrm
  2. Kemudian klik di ‘semakan status permohonan
  3. Dan klik ‘semak‘ untuk mengetahui status panggilan ujian spier PDRM

*Anda boleh membuat semakan bagi panggilan ujian Spier PDRM yang bermula dari 9 Mei 2022 sehingga 7 Jun 2022.

Bagi mereka yang masih tertunggu-tunggu pembukaan jawatab terbaru polis, anda boleh ikuti perkembangan yang akan dimuat naik di laman rasmi facebook Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia

Minat Kerjaya Polis? Ini Merupakan Cara-Cara Untuk Menjadi Polis

Polis DiRaja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini. Oleh kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam perkhidmatan lain. Pelbagai bahagian yang terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya yang mencabar dan menyeronokkan. Di samping berpeluang berkhidmat untuk negara, anda juga dapat mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin ada pada diri anda.

Bagaimana Saya Boleh Menjadi Seorang Polis?

Anda boleh memasuki perkhidmatan polis sebagai Konstabel, Sarjan dan Inspektor. Jika anda terpilih, anda akan menjalani kursus asas selama 3-12 bulan di pusat-pusat latihan polis bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri.

Setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.

Kenaikan Pangkat

Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Setiap anggota akan dinilai dari aspek tempoh perkhidmatan, kecemerlangan dalam tugas dan rekod perkhidmatan yang baik.

Cara Memohon

Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Sistem e-Pengambilan PDRM, https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/.

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana dan tidak melebihi daripada 35 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PHD pada tarikh pendaftaran.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian :

03-2266 8350 / 8344 / 8345 / 8347. (Unit Pengambilan PDRM)

Unit Pengambilan
Cawangan Perjawatan
Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia
Bukit Aman.
50560 Kuala Lumpur

Polis Diraja Malaysia, Berkhidmat Untuk Bangsa Dan Negara

Kerjaya Polis merupakan kerjaya yang murni kerana tugas seorang Polis adalah untuk menjaga keselamatan luar dan dalam negara. Oleh itu, amatlah membanggakan jika anda menjadi seorang polis. “Berhemah, Adil, Integriti, Amanah dan Tegas”.

Pesanan terakhir dari kami, tidak kira dimana juga anda bakal ditugaskan pastikan anda laksanakan tugas anda sebaik mungkin. Bertugas jauh dari kampung halaman merupakan perkara biasa. Di usia muda inilah kita ingin merantau mencari secebis pengalaman hidup untuk belajar erti kehidupan.

Dalam bekerja pula, kerjaya anggota PDRM ini banyak cabarannya maka pastikan anda bersedia mental dan fizikal untuk menjadi anggota yang hebat!

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati