Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official 49 Kekosongan Jawatan RISDA

49 Kekosongan Jawatan RISDA
49 Kekosongan Jawatan RISDA

49 Kekosongan Jawatan RISDA kini sedang dibuka permohonannya sehingga tarikh tutup pada 5 September 2021. RISDA merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan RISDA seperti yang dinyatakan di bawah ini.

Senarai Jawatan Kosong RISDA

1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Sistem Maklumat
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Bilangan Kekosongan: Tiga (3) kekosongan
  • Lokasi: Ibu Pejabat RISDA
  • Jadual Gaji (Minimum-Maksimum): RM2,315.00 – RM9,618.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00

2. Penolong Pegawai Pertanian Gred G29

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pertanian
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Bilangan Kekosongan: Empat puluh enam (46) kekosongan
  • Lokasi: Seluruh Negara
  • Jadual Gaji (Minimum-Maksimum): RM1,494.00 – RM5,674.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

Syarat Umum Lantikan Bagi 49 Kekosongan Jawatan RISDA

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Terdiri daripada warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Syarat Kelayakan Akademik

1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat dan kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU
  • Ijazah Sarjana sains komputer, teknologi maklumat dan kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat dan kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. DAN
  • kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Penolong Pegawai Pertanian Gred G29

  • Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ATAU
  • Diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. DAN
  • kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

MUAT TURUN: IKLAN 46 JAWATAN KOSONG RISDA 2021

Permohonan Jawatan

  • Butiran terperinci mengenai lantikan boleh didapati di laman web RISDA di www.risda.gov.my bermula 22 Ogos 2021.
  • Permohonan hendaklah dibuat SECARA DALAM TALIAN SAHAJA melalui www.myfuturejobs.gov.my
  • Jawatan kosong yang diiklankan adalah bertaraf TETAP.

Perhatian Kepada Calon

  • Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan Badan-Badan Berkanun dikehendaki membawa surat pelepasan dari Ketua Jabatan masing-masing dan laporan prestasi tahunan (LNPT) ketika menghadiri temuduga.
  • Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak.
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas satu (1) tahun dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan hebahan jawatan kosong ini boleh dirujuk menerusi pautan Official Portal of RISDA – Iklan Kekosongan Jawatan Fasa 3

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian 49 Kekosongan Jawatan RISDA ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati