Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 2 Jun 2021. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.

Senarai Jawatan Kosong
Majlis Bandaraya Johor Bahru

1. Penolong Jurutera 

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kejuruteraan
  • Gred: JA29
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Gaji (Minimum – Maksimum): RM1,549.00 – RM5,701.00

2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kesihatan
  • Gred: U29
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Gaji (Minimum – Maksimum): RM1,797.00 – RM5,753.00

3. Penolong Juruaudit

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
  • Gred: W29
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Gaji (Minimum – Maksimum): RM1,498.00 – RM5,678.00

4. Pembantu Penguatkuasa 

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan Dan Pertahanan Awam
  • Gred: KP19
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Gaji (Minimum – Maksimum): RM1,360.00 – RM4,052.00

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini


Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: Iklan Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru 2021

Cara Permohonan

  1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 8, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my
  2. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata
    Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.
  3. Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan:
    (i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
    (ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
    (iii) salinan transkrip pengajian;
    (iv) salinan sijil Diploma/Ijazah;
    (v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil / Diploma / Ijazah);
    (vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
    (vii) salinan Lesen Kelas Memandu;
    (viii) salinan kad pengenalan;
    (ix) salinan sijil kelahiran; dan
    (x) gambar berukuran pasport terbaru.dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada:DATUK BANDAR
    MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
    NO. 1, JALAN LINGKARAN DALAM
    BUKIT SENYUM
    80300 JOHOR BAHRU

Catatan Am

  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  • Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Senarai jawatan yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru ini dapat memberi manfaat kepada anda semua terutama sekali kepada individu yang sedang mencari pekerjaan. Semoga berjaya!