Malayasia ada perancangan had umur 70 tahun bersara untuk rakyat? Umur persaraan adalah penentu ekonomi sesebuah negara. Kenyataan ini ada betulnya dimana banyak negara-negara membangun masih bergantung kepada tenaga pekerja lama yang belum bersara. Sebagai contohnya, negara Jepun yang mana bilangan pekerja di umur tua adalah dalam bilangan yang ramai.
Jepun yang terkenal dengan negara yang mempunyai kekuatan ekonomi telah menetapkan umur persaraan adalah umur 65 tahun. Begitu juga dengan negara Iceland yang menetapkan umur persaraan 67 tahun diantara umur persaraan paling lewat.
Berkenaan Had Umur Persaraan di Malaysia
Isi Kandungan
Had Umur Persaraan Malaysia Pada Umur 55- 60 Tahun
Negara Malaysia masih mengekalkan had umur bersara pada umur 55-60 tahun dimana antara umur terendah diserantaunya. Bagi kakitangan awam mempunyai opsyen yang tersendiri untuk menetapkan had umur yang boleh dipilih.
Kerajaan masih memberi opsyen kepada kakitangan awam untuk memilih waktu umur bersara wajib oleh individu itu sendiri. Sekiranya cadangan terdekat untuk meningkatkan umur bersara wajib pada umur 65 tahun kemungkinan juga untuk opsyen ini berubah.
Cadangan Had Umur 70 Tahun Bersara
Terdapat banyak cadangan diberikan kepada kerajaan dan antaranya ialah meningkatkan had umur 70 tahun bersara bagi kakitangan kerajaan. Cadangan ini juga turut diberikan oleh Buruh Antarabangsa, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM). Beliau berpendapat wajar kerajaan tingkatkan had umur 70 tahun bersara kerana dengan data yang sedia ada menunjukkan Malaysia mempunyai kualiti hidup golongan tua yang baik.
Selain itu, faktor tidak mampu menyara hidup selepas bersara antara sebab kenapa kewajaran had umur 70 tahun bersara dicadangkan. Bagaimana seseorang individu dapat meneruskan kehidupan sekiranya kehidupan pencen adalah menjejaskan.
Disamping itu, dengan umur 65-70 tahun seseorang itu masih mempunyai kudrat dan tenaga untuk bekerja dimana golongan ini adalah antara golongan yang mahir dalam memberi perkhidmatan.
Jadi adalah satu kewajaran juga untuk had umur 70 tahun bersara diperkenalkan dengan pekeliling baharu dimana dengan keputusan ini negara Malaysia dapat bersaing dan meningkatkan ekonomi Malaysia serta memberi jaminan hidup golongan tua.
Kelebihan Kerajaan Perkenal Had Umur 70 Tahun Bersara
Kesan Kepada Negara Sekiranya Had Umur Baharu Diperkenalkan
Kesan kepada negara Malaysia seandainya diperkenalkan had umur 70 tahun bersara akan memberi beberapa kelebihan iaitu:
- Kemampanan Ekonomi Malaysia. Dijangka kerajaan Malaysia dapat mengekalkan prestasi ekonomi semasa dan berdaya untuk memberi peningkatan kerana negara masih mempunyai tenaga kerja yang berkebolehan tinggi.
- Sumber tenaga mahir semakin bertambah. Seorang pekerja yang lama menyumbang tenaga akan mempengaruhi beberapa faktor kemajuan dan kestabilan sesetengah organisasi kerja di Malaysia. Golongan mahir juga boleh melahirkan ramai golongan muda yang berkebolehan.
Kelebihan Had Umur 70 Tahun Bersara Kepada Rakyat Malaysia
Terdapat juga beberapa kelebihan bagi individu sekiranya kerajaan perkenalkan had umur 70 tahun sebagai umur persaraan. Berikut adalah merupakan kelebihannya:
- Dapat mengelakan dan kurangkan pesara yg bersara awal jatuh misikin. Persaraan awal kebiasaan rakyat Malaysia adalah berisiko sekiranya tiada perancangan kemas yang mana bagi pesaran kerajaan mungkin akan terjejas kerana terhad wang bulanan. Manakala bagi pesara KWSP pula kemungkinan duit boleh dihabiskan dengan cepat berdasarkan risiko terkena scam, bencana, tragedi dan lain-lain.
- Pekerja lama dapat memastikan tubuh badan dan minda terus sihat. Kebiasaan pesara adalah tinggal dirumah sahaja dan tidak menjalani kehidupan dengan baik yang mana badan mungkin menjadi lesu dan tidak bermaya kerana tidak melakukan sesuatu yang sihat. Dengan adanya had umur lewat, golongan tua dapat menjalani hidup dengan baik dan sihat. Sebagai contoh, golongan tua di Jepun adalah antara golongan tua yang hidup sihat dan masih aktif bekerja.
- Tempoh pinjaman rumah dan kenderaan dapat dipanjangkan. Dengan pengenalan had umur persaraan 70 tahun dapat memberi kelebihan kepada peminjam bank kerana mempunyai tempoh pembayaran yang lama dan pastinya jumlah bayaran bulanan juga akan direndah untuk jangka tempoh tertentu.
Dengan cadangan yang ada diharapkan akan dapat meningkatkan ekonomi dan memastikan pembangunan negara berjalan lancar. Peningkatan had umur persaraan bukanlah seseuatu yang negatif, ia mempunyai banyak kelebihan dan banyak menstabilkan beberapa perkara.
Cadangan bersara 70 tahun boleh dipertimbangkan untuk pekerja dlm perkhidmatan awam yang Masih sihat ..bagi mereka yang kurang sihat kurang efektif untuk bekerja terus ..klu berumur 50-60 ke atas terus bekerja bila lh peluang ada untuk yg berumur 20 keatas menikmati alam pekerjaan..
Ni jenis baca tajuk terus komen la ni. Cuba laa bawak2 baca sampai habis artikel tu baru baru komen. Bagi komen macam orang mamai.
Setuju, naikkan saja umur bersara 70 tahun dan ikut keadaan kesihatan jika tidak mengizinkan atau ingin berehat awal boleh bersara awal sebrlum 70 tahun.