Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

3 Resepi Kari Daging yang Enak untuk Open House Hari Raya

KARI DAGING
3 Resepi Kari Daging yang Enak untuk Open House Hari Raya 5

Adakah anda ingin memasak kari daging untuk open house hari raya Aidilfitri? Anda boleh cuba tiga resepi berikut untuk dijamu kepada tetamu open house anda. Artikel ini menerangakn tiga resepi kari daging yang lazat dan menyelerakan.

3 Resepi Kari Daging untuk Open House Hari Raya

Resepi 1: Kari Daging

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi kari daging:

  • 1/4 kg daging
  • 2 biji ubi kentang
  • 4-5 ulas bawang merah yang dihiris
  • 3 ulas bawang putih yang dihiris
  • 1 inci halia yang dihiris
  • Rempah penumis iaitu kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 kotak santan kotak
  • 1 keping asam keping atau air asam jawa
  • Sedikit kerisik
  • Garam
  • Serbuk perasa
80395517 2507987816122878 783314434637430784 n
3 Resepi Kari Daging yang Enak untuk Open House Hari Raya 6

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis, bawang, halia yang dihiris serta daun kari. Tumiskan sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari serbuk dan kacau rata dengan cepat supaya tidak hangit.
  3. Kemudian, baru masukkan sedikit air. Biarkan campuran mendidih dan pecah minyak. Nota: jangan bancuh rempah kari dengan air, biarkan kering.
  4. Setelah itu, masukkan daging. Terus masak sehingga daging empuk. Jika perlu, boleh masukkan sedikit santan cair semasa daging sedang masak.
  5. Setelah daging hampir empuk, masukkan santan, air secukupnya dan ubi kentang. Biarkan campuran masak, daging menjadi empuk dan kuah pecah minyak.
  6. Akhir sekali masukkan asam keping, garam, kerisik dan serbuk perasa secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit resepi : Azie Kitchen

Resepi 2: Kari Daging

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi kari daging:

  • 900g daging lembu dipotong dadu kecil
  • 1 batang kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 bunga cengkih
  • 3 buah pelaga
  • 10 biji bawang merah kecil dhiris halus-halus
  • 6 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 batang serai*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 12 batang cili kering direbus*
  • 3 biji kentang
  • 2 biji tomato
  • Santan pekat dan cair dari sebiji kelapa
  • 3 sudu besar kerisik
185409083 1774491952755991 4948959107630318469 n
3 Resepi Kari Daging yang Enak untuk Open House Hari Raya 7

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Kisar bahan-bahan bertanda (*) di dalam satu blender dengan sedikit air. Bahan-bahan yang dikisar disatukan dengan rempah kari daging dan serbuk kunyit dijadikan pes yang pekat.
  2. Kisar halus bawang putih dan halia kemudian masukkan daging, bahan kisar dan 1 sudu kecil minyak masak dalam pressure cooker dan masak daging sehingga empuk
  3. Tumiskan rempah empat sekawan dan bawang merah kecil sehingga coklat keperangan kemudian masukkan daun kari.
  4. Masukkan pes rempah yang sudah disediakan pekat itu dan masak sehingga rempah pecah minyak, bewarna gelap dan kering sedikit (rujuk video di bawah)
  5. Kemudian masukkan daging beserta air rebusan sekali, santan cair dan kentang.
  6. Biarkan masak sehingga kentang empuk baru masuk kerisik, santan pekat dan tomato.
  7. Perasa dengan garam secukupnya.
  8. Masak sehingga kuah didih dan boleh tutup api.

Kredit: Ummi Kitchen

Resepi 3: Kari Daging

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi kari daging:

  • Daging setengah kg direbus 40 minit
  • Rempah daging Babas 1 bungkus
  • bawang kecil 4 ulas
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia 1 inchi
  • Lada hitam 1 sudu kecil
  • Jintan manis 1 sudu kecil
  • Semua bahan-bahan ditumbuk
  • 2 biji ubi kentang
  • sebungkus kerisik
  • santan 1 cawan
  • seketul pati ayam korr
  • sedikit garam
  • 2 biji tomato
  • cili padi 10 biji
  • sedikit daun bawang
dsdfd
3 Resepi Kari Daging yang Enak untuk Open House Hari Raya 8

Cara penyediaan dan masakan:

  1. Panaskan api
  2. Tumiskan rempah tiga beradik, bunga lawang dan kayu manis, buah pelaga, bawang kecil dan sedikit halia sehingga garing
  3. Masukkan rempah daging Babas yang dicampur sedikit air, kerisik, dimasak untuk pecah minyak, kemudian masukkan santan dan daging.
  4. Masukkan ubi kentang, masak sehingga ubi kentang betul-betul lembut
  5. Kemudian masukkan pati ayam Norr
  6. Masukkan 2 biji tomato dibelah empat dengan sedikit garam
  7. Tunggu sehingga kuah mendidih
  8. Masukkan daun bawang dan cili padi
  9. Siap dan boleh dihidangkan.

Kredit Resepi: Siti Fatimah

Soalan FAQs Berkenaan Kari Daging

Apakah daging yang boleh digunakan dalam masakan kari daging?

daging lembu, kambing

Apakah rempah yang wajib dalam masakan kari?

Rempah kari

Berapakah lama untuk masak daging supaya empuk?

Sekurang-kurang 40 minit

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati