Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan PDRM Konstabel Polis YA1 (NON-BUMI) Effective Mac 2021

Pengambilan PDRM Konstabel Polis YA1 (Non-Bumi)

Pengambilan PDRM Konstabel Polis YA1 (NON-BUMI) ini dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia merangkumi lelaki dan juga wanita. Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ini adalah khas kepada golongan bukan bumiputera dengan syarat umum pemohon mestilah berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan.

Pengambilan Khas Bukan Bumiputera bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/Wanita) Polis DiRaja Malaysia Tahun 2021 ini dibuka bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2021. Semua warganegara Malaysia Bukan Bumiputera yang berkelayakan dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan pada tarikh tersebut. Permohonan boleh dibuat melaui portal e-Pengambilan PDRM. Keutamaan diberikan kepada pemohon bukan bumiputera yang boleh bertutur dan menulis dalam:

  • Bahasa Cina, atau
  • Bahasa Tamil, atau
  • Lain-lain Bahasa Ibunda

Jawatan yang ditawarkan :

1. Konstabel Polis YA1 (NON-BUMI)

Info Jawatan Kosong:

Tarikh permohonan: 18 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021
Lokasi: Seluruh Malaysia
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia
Jantina: Terbuka kepada lelaki dan wanita.

Deskripsi Tugas Konstabel Polis YA1

407635976 10232014638406816 7790950393849463452 n 4
Konstabel Polis YA1

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan,
Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam,
Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Jabatan Siasatan
Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan
Jenayah dan Keselamatan Komuniti. Di antara tugas-tugas tersebut antaranya ialah,

  • mentadbir,
  • merancang pencegahan jenayah,
  • menyiasat,
  • menangkap dan mendakwa,
  • mengatur kawalan trafik,
  • mengumpul risikan,
  • menyediakan peralatan dan perhubungan,
  • rondaan mencegah jenayah,
  • mengawal,
  • mengiring pesalah-pesalah, serta
  • mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

Syarat-syarat Kelayakan:

Bagi pengambilan Konstabel Polis YA1 (NON-BUMI) ini, pemohon mestilah memenuhi kedua-dua syarat kelayakan akademik dan juga syarat kelayakan fizikal seperti di bawah.

Kelayakan Akademik:

iphone 1281456 640 7
  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM1,441.00); dan
    Dua (2) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain, atau
  2. Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM1,441.00); dan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67), dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut;
    a) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
    b) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan;
    c) Teknologi Kejuruteraan Awam;
    d) Perniagaan;
    e) Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau;
    f) Teknologi Kejuruteraan Marin
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti perengaan 1) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM1,507.01); atau
  4. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti perenggan 1) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM1,573.02);

Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Kelayakan Gaji:

  • Jadual Gaji: Gred YA1
  • Gaji Minimum: RM1,441.00
  • Gaji Maksimum: RM4,152.00
  • Kadar Gaji Tahunan: RM105.00

Elaun dan Kemudahan:

  • Elaun Tetap Perumahan: RM300
  • Elaun Cola: RM100-RM350
  • Elaun Khidmat Awam: RM115
  • Elaun Khas PDRM: RM200
  • Elaun Seragam PRP/Konstabel: RM690
  • Elaun Kasut: RM300
  • Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima.

Cara Permohonan:

Permohonan bagi pengambilan jawatan Kontasbel Polis YA1 (NON-BUMI) ini adalah secara online melalui puatan berikut:

Maklumat Lanjut:

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Pengambilan PDRM di talian:

  • HELPDESK 03-22668348/8350/8351 (WAKTU PEJABAT).

Peringatan & Penafian:

Mohon perhatian semua, iklan kerja kosong ini hanya sah pada tarikh yang telah dinyatakan sahaja. Oleh hal yang demikian, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti terutama sekali berkenaan tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah, dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini bukanlah di bawah tanggungjawab kami.

Anda juga berminat dengan perkongsian Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2021 ataupun Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2021

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati