Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 (Bahasa Arab) ini merupakan jawatan yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 17 Mei 2021 (Isnin), jam 11:59 malam. Terdapat sebanyak 53 kekosongan dan juga 53 simpanan yang sedang dibuka bagi pengambilan kali ini.
Individu yang dilantik ke jawatan yang ditawarkan ini akan diletakkan di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Pihak SPA telah menetapkan beberapa ciri keperibadian yang dikehendaki terhadap calon-calon yang ingin menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:
- Berketerampilan baik
- Bersemangat tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
- Berbakat dalam kepimpinan
- Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
- Mempunyai kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan
Jadual Gaji Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29
Isi Kandungan
Gaji Minimum | RM 1,698.00 |
Gaji Maksimum | RM 5,717.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM 145.00 |
Syarat Lantikan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29
(Bahasa Arab)
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Syarat Kelayakan Akademik
- Diploma dalam bidang perguruan daripada institusi Perguruan tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,698.00); atau - Diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,844.44).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)
- Pengajian Islam dan Pendidikan Bahasa Arab
- Bahasa Aran dengan Pendidikan
- Bahasa Arab
- Bahasa Arab (Terjemahan)
- Bahasa Arab dan Komunikasi
- Bahasa Arab dan Peradaban
- Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua
- Bahasa dan Kesusasteraan Arab
- Bahasa dan Linguistik (Bahasa Arab)
- Kesusasteraan Arab
- Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)
- Pengajian Islam dan Bahasa Arab
- Pengajian Islam Pengkhususan Bahasa Arab & Tamadun Arab
Keperluan Tambahan
Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/kelulusan diploma yang telah diiktiraf oleh Senat Universiti/Jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini
Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : IKLAN SPA9 JAWI Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 (Bahasa Arab)
Cara Permohonan
Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa jawatan kosong kerajaan yang lain seperti berikut:
- Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 (Pendidikan Islam)
- Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 (Bahasa Melayu)
- Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 (Matematik)
- Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 (Sains)
- Jawatan Kosong SPAJ Pengawal Keselamatan KP11
- Jawatan Kosong SPAJ Penghantar Notis N11
- Jawatan Kosong SPAJ Pembantu Perikanan G19
- Jawatan Kosong SPAJ Juruteknik Komputer FT19
- Jawatan Kosong SPAJ Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19
- Jawatan Kosong SPAJ Pembantu Hal Ehwal Islam S19
- Jawatan Kosong SPAJ Penolong Pegawai Tadbir N29
Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 (Bahasa Arab) ini dapat memberi maklumat lengkap kepada anda semua yang berminat untuk memohon jawatan yang sedang ditawarkan oleh SPA ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.