Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong SPAJ Pembantu Perikanan G19 Effective Mei 2021

Jawatan Kosong SPAJ Pembantu Perikanan G19

Jawatan Kosong SPAJ Pembantu Perikanan G19 merupakan jawatan kosong terkini yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ). Terdapat sebanyak 4 kekosongan yang ditawarkan bagi pengambilan jawatan Pembantu Perikanan G19 pada kali ini. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas adalah digalakkan untuk memohon jawatan seperti di bawah ini.

Butiran Jawatan Kosong

  • Nama Jawatan: Pembantu Perikanan
  • Gred: G19
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pertanian
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Tempoh Permohonan: 1 Mei 2021 – 14 Mei 2021

Deskripsi Tugas Pembantu Perikanan G19

  • Mentadbir aktiviti ternak air dan perancangan, pelaksanaan dan pengawasan serta khidmat nasihat hal benih ikan, dan penyakit ikan.
c7900546 93ac 4189 acef d510105a2c3d 5

Jadual Gaji Pembantu Perikanan G19

Gaji Minimum RM 1,357.00
Gaji Maksimum RM 4,008.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 100.00

Syarat Lantikan Pembantu Perikanan G19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80)

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Individu yang berminat untuk membuat permohonan bagi jawatan Pembantu Perikanan G19 ini perlulah dilakukan secara dalam talian melalui pautan berikut:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian jawatan kosong lain seperti berikut:

Diharapkan perkongsian Jawatan Kosong SPAJ Pembantu Perikanan G19 ini dapat memberi informasi lengkap kepada anda semua yang berminat untuk memohon jawatan sektor kerajaan yang ditawarkan ini. Selamat Mencuba!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati