
Jawatan Kosong SPAJ Pembantu Hal Ehwal Islam S19 merupakan jawatan kosong terkini yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ). Terdapat sebanyak 34 kekosongan yang ditawarkan bagi pengambilan jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam S19 pada kali ini. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas adalah digalakkan untuk memohon jawatan seperti di bawah ini.
Butiran Jawatan Kosong
Isi Kandungan
- Nama Jawatan: Pembantu Hal Ehwal Islam
- Gred: S19
- Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Taraf Jawatan: Tetap
- Tempoh Permohonan: 1 Mei 2021 – 14 Mei 2021
Deskripsi Tugas Pembantu Hal Ehwal Islam S19
- Bertanggungjawab kepada Ketua Unit Penyelidikan Aqidah dalam membantu mengumpul bahan-bahan/kitab/dokumen berkaitan dengan perkara aqidah untuk pembentangan laporan kepada Jawatankuasa Syariah.
Jadual Gaji Pembantu Hal Ehwal Islam S19
Gaji Minimum | RM 1,355.00 |
Gaji Maksimum | RM 4,007.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM 100.00 |
Syarat Lantikan Pembantu Hal Ehwal Islam S19
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Syarat Akademik

- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
(1) Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
(2) Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80
Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Individu yang berminat untuk membuat permohonan bagi jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam S19 ini perlulah dilakukan secara dalam talian melalui pautan berikut:
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian jawatan kosong lain seperti berikut:
- Jawatan Kosong SPAJ Penolong Pegawai Tadbir N29
- Jawatan Kosong Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka)
- Jawatan Kosong Bentara Mesyuarat Gred KP29
Diharapkan perkongsian Jawatan Kosong SPAJ Pembantu Hal Ehwal Islam S19 ini dapat memberi informasi lengkap kepada anda semua yang berminat untuk memohon jawatan sektor kerajaan yang ditawarkan ini. Semoga segala urusan permohonan pekerjaan anda dipermudahkan.