Cara Memuat Naik Video Pengajaran PISMP 2021 Di Youtube. Calon yang telah terpilih menduduki temuduga secara atas talian dikehendaki menyediakan rakaman video pengajaran untuk temuduga PISMP 2021.
Calon-calon boleh mendapatkan panduan penyediaan video rakaman melalui laman sesawang Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Ini merupakan peluang keemasan yang tidak boleh anda sia-siakan, selangkah sahaja lagi sebelum anda berjaya memasuki PISMP di Institut Pendidikan Guru (IPG).
Tarikh Penting Penghantaran Video Pengajaran dan Video Kecergasan Fizikal
Isi Kandungan
Pihak Kementerian telah melanjutkan penghantaran video pengajaran dan video kecergasan fizikal sehingga 20 Mei 2021. Para calon perlu mengemaskini dan menghantar pautan video sebelum tarikh yang ditetapkan.
Tarikh Buka : 5 Mei 2021
Tarikh Tutup: 20 Mei 2021 (11.59pm)
Cara Memuat Naik Video Pengajaran ke Youtube
Calon perlu membaca dengan teliti cara penghantaran rakaman video di dalam panduan yang telah diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perkara penting sebelum memuat naik video adalah seperti berikut:-
- Memastikan jumlah video mengikut bidang yang ditetapkan
- Calon perlu namakan atau “rename” video mengikut sususan: Nama Program, Nama Calon dan Bidang dimohon.
- Contoh : PISMP 2021 NAMA CALON_BIDANG YANG DIMOHON
Langkah Pertama
Sebagai langkah permulaan, pastikan anda telah daftar masuk atau sign-in ke account YouTube anda. Seterusnya pastikan anda sudah mempunyai channel anda atau boleh cipta (create) channel sebelum memuat naik video pengajaran ke YouTube.
Contoh dibawah menggunakan komputer riba atau laptop untuk memuat naik video anda.
Gambar profile seperti dalam bulatan merah menunjukkan anda telah daftar masuk ke dalam akaun Youtube.
Langkah Kedua
Untuk memuat naik video anda, rujuk pada gambar di bawah mengikut langkah-langkah berikut :-
- Klik pada butang logo kamera (seperti dalam gambar)
- Seterusnya anda perlu menekan pada “upload video“
Langkah Ketiga
- Sebelum memuat naik, pastikan video anda sudah lengkap dan sempurna untuk dinilai oleh para panel.
- Klik pada “Select Files“
- Pilih video yang ingin anda muat naik
- Apabila sudah memilih video, kemudian klik pada butang “Open“
Langkah Keempat
Seperti yang dibulatkan pada gambar dibawah, pastikan format tajuk video pengajaran anda adalah betul.
Nama Program, Nama Calon dan Bidang dimohon.
- Contoh : PISMP 2021 ABU BIN DIN_MATEMATIK SK
Tunggu sehingga video sudah dimuat naik sepenuhnya, seterusnya pelajar perlu menekan butang “Next” sehingga sampai pada bahagian elemen Visibility.
Mohon perhatian kepada calon, langkah ini sangat penting.
- Calon perlu memilih tetapan “Unlisted” sahaja.
- Calon diingatkan bahawa jangan berkongsi video pengajaran anda pada media sosial dan individu luar selain daripada para panel KPM untuk melihat video pengajaran anda.
Rujuk pada gambar diatas, langkah kelapan amat penting kepada semua calon. Pilih tetapan “Unlisted” kerana hanya para panel sahaja yang akan menilai video pengajaran anda.
Langkah Terakhir
Untuk memastikan video pengajaran anda sudah dimuat naik, sila rujuk pada gambar dibawah.
Sekiranya channel anda sama seperti gambar diatas, maksudnya video pengajaran sudah berjaya dimuat naik. Perlu diingatkan kepada calon sekali lagi, pilih tetapan Visibility adalah “Unlisted“.
Mohon Perhatian
Segala perkongsian di atas adalah contoh semata-mata dan video tersebut tidak dimiliki oleh sesiapa. Ianya hanyalah sekadar perkongsian langkah-langkah yang betul untuk memuat naik video ke dalam Youtube.
Kami juga ada kongsikan pelbagai bahan berkaitan pendidikan seperti Modul PDPR Matematik Tahun 4, Panduan Asas Penulisan Karangan SPM dan sebagainya.
Perkongsian
Akhir kata, diharapkan perkongsian berkaitan Cara Memuat Naik Video Pengajaran PISMP 2021 Di Youtube ini dapat memberikan panduan kepada calon-calon yang terpilih mengikuti temuduga PISMP 2021. Semoga semua calon dapat melakukan yang terbaik dan jangan mensia-siakan peluang keemasan ini. Satu langkah sahaja lagi sebelum anda akan memasuki Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru.
“Guru bukanlah orang yang hebat, tetapi lahirnya orang-orang yang hebat hasil dari tunjuk ajar seorang guru“