
Jawatan Kosong SPAJ Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19 merupakan jawatan kosong terkini yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ). Terdapat sebanyak 6 kekosongan yang ditawarkan bagi pengambilan jawatan Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19 pada kali ini. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas adalah digalakkan untuk memohon jawatan seperti di bawah ini.
Butiran Jawatan Kosong
Isi Kandungan
- Nama Jawatan: Pelukis Pelan (Seni Bina)
- Gred: JA19
- Klasifikasi Perkhidmatan: Kejuruteraan
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
- Taraf Jawatan: Tetap
- Tempoh Permohonan: 1 Mei 2021 – 14 Mei 2021
Deskripsi Tugas Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19
Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan bagi skop kerja seni bina termasuk:
- melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding,
- merekod dan menyelenggara lukisan,
- menyediakan study model,
- menyediakan reka bentuk,
- menyedia lakaran reka bentuk,
- menyediakan lukisan kerja,
- lukisan perunding,
- memantau maklum balas penilaian teknikal,
- melaksanakan audit kualiti (reka bentuk)/audit seni bina pembinaan, dan
- menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan tugas-tugas berkaitan aspek reka bentuk dan seni bina.
Jadual Gaji Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19
Gaji Minimum | RM 1,377.00 |
Gaji Maksimum | RM 4,052.00 |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan | RM 100.00 |
Syarat Lantikan Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Syarat Akademik
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,377.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,435.12); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,493.24)
Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Individu yang berminat untuk membuat permohonan bagi jawatan Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19 ini perlulah dilakukan secara dalam talian melalui pautan berikut:
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian jawatan kosong lain seperti berikut:
- Jawatan Kosong SPAJ Pembantu Hal Ehwal Islam S19
- Jawatan Kosong SPAJ Penolong Pegawai Tadbir N29
- Jawatan Kosong Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka)
- Jawatan Kosong Bentara Mesyuarat Gred KP29
Diharapkan perkongsian Jawatan Kosong SPAJ Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19 ini dapat memberi informasi lengkap kepada anda semua yang berminat untuk memohon jawatan sektor kerajaan yang ditawarkan ini. Semoga segala urusan permohonan pekerjaan anda dipermudahkan.