Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my âĴ️

Kekosongan Jawatan Sebagai Guru Sambilan MRSM Effective Mei 2021

Guru Sambilan MRSM
Guru Sambilan MRSM

Kekosongan Jawatan Sebagai Guru Sambilan MRSM ini dibuka untuk ambilan tahun 2021. Semua warganegara Malaysia dialu-alukan untuk memohon jawatan kosong ini. Sesiapa yang memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian serta mempunyai jiwa sebagai seorang pendidik digalakkan untuk memohon.

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan salah satu institusi pendidikan di Malaysia yang memberikan kemudahan, kelengkapan, infrastruktur yang kondusif pada pelajar di peringkat sekolah menengah . Ianya memfokuskan ke arah bidang sains dan teknologi dimana semua pelajar yang berjaya memasuki MRSM telah ditapis oleh pihak terlibat.

Kebanyakan pelajar di MRSM merupakan pelajar yang pintar, mempunyai latar belakang akademik yang tinggi serta mempunyai daya berfikir yang meluas dimana mereka dapat mengembangkan bakat dan potensi diri. Masyarakat terutamanya ibu bapa inginkan persekitaran sekolah yang terbaik dalam membantu pencapaian akademik anak mereka. Oleh itu, MRSM merupakan pilihan terbaik bagi institusi pendidikan peringkat menengah.

Terdapat pelbagai program-program sistem pendidikan yang disediakan di MRSM. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jawatan kosong ini, anda boleh layari Akaun Rasmi Facebook MRSM Johor Bahru.

Info Jawatan Kosong Guru Sambilan MRSM

  • Jawatan: Guru (DC41)
  • Bidang : Matematik
  • Gaji      : Kadar gaji hari -RM100/sehari
  • Kumpulan : Pengurusan & Professional
  • Lokasi      : Johor
  • Taraf Jawatan : Sambilan
  • Tarikh Tutup Iklan : 12 Mei 2021 (Rabu)

Syarat Kelayakan dan Permohonan Guru Sambilan MRSM

Calon yang berminat untuk mengemukakan permohonan perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut:-

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan kosong.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan lain yang setaraf DAN
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (Ujian Lisan)
  • Calon yang mempunyai pengalaman mengajar di peringkat sekolah menengah akan diberikan keutamaan

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh memohon dengan cara-cara seperti dibawah:

Cara Memohon Jawatan :

  • Permohonan adalah secara bertulis dengan menghantar permohonan rasmi bertulis beserta resume yang mengandungi maklumat seperti:-
  • Nama Jawatan yang dipohon
  • Maklumat peribadi yang lengkap
  • Gambar terkini
  • No. Telefon dan emel
  • Butiran latar belakang akademik
  • Pengalaman kerja

PENGETUA,
MAKTAB RENDAH SAINS MARA JOHOR BAHRU,
JALAN PERSIARAN SINARAN ILMU,
BANDAR SERI ALAM
81750 MASAI, JOHOR
TEL; 07-3877201 / 2

atau melalui emel berikut:-

Emel : [email protected]

Lampirkan salinan dokumen yang telah disahkan seperti:-

1) Resume
2) Salinan Kad Pengenalan
3) Salinan Surat Beranak
4) Salinan Sijil-sijil kelayakan (SPM & Ijazah)
5) Sekeping gambar berukuran passport

Iklan Jawatan Kosong dan Syarat-syarat:

(Pastikan anda rujuk iklan penuh melalui pautan di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)

mrsm

mrsm jawatan kosong

Kami juga ada kongsikan beberapa jawatan kosong yang lain seperti Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 (Matematik), Jawatan Kosong Pegawai Pendidikan DG29 (Bahasa Melayu), Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 (Sains)

Peringatan & Penafian

Mohon perhatian kepada para pemohon, Kekosongan Jawatan Sebagai Guru Sambilan MRSM ini hanya sahih atau sah sehingga tarikh tutup yang dipaparkan pada iklan. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk merujuk iklan jawatan kosong ini dengan betul dan teliti sebelum membuat sebarang permohonan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati