Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong SPAJ Penolong Pegawai Tadbir N29 Effective Mei 2021

Jawatan Kosong SPAJ Penolong Pegawai Tadbir N29

Jawatan Kosong SPAJ Penolong Pegawai Tadbir N29 merupakan jawatan kosong terkini yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ). Terdapat sebanyak 11 kekosongan yang ditawarkan bagi pengambilan jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 pada kali ini. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas adalah digalakkan untuk memohon jawatan seperti di bawah ini.

Butiran Jawatan Kosong

  • Nama Jawatan: Penolong Pegawai Tadbir
  • Gred: N29
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pengurusan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Tempoh Permohonan: 1 Mei 2021 – 14 Mei 2021

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29

  1. Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi,
  2. Mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Jadual Gaji Penolong Pegawai Tadbir N29

Gaji Minimum RM 1,493.00
Gaji Maksimum RM 5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 145.00

Syarat Lantikan Penolong Pegawai Tadbir N29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

409036713 1544106603075665 4679209199052760047 n 1
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM1,493.00); atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
    tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM1,770.95).

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pemeriksa Cap Jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. Mempunyai kelayakan akademik seperti di atas
  2. Lulus Peperiksaan Khas

Had Umur Pelantikan

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
    paksa 55 tahun atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
    paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
    paksa 60 tahun.

Cara Permohonan

Individu yang berminat untuk membuat permohonan bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 ini perlulah dilakukan secara dalam talian melalui pautan berikut:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Jawatan Kosong Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka) ataupun Jawatan Kosong Bentara Mesyuarat Gred KP29.

Diharapkan perkongsian Jawatan Kosong SPAJ Penolong Pegawai Tadbir N29 ini dapat memberi informasi lengkap kepada anda semua yang berminat untuk memohon jawatan sektor kerajaan yang ditawarkan ini. Semoga segala urusan permohonan pekerjaan anda dipermudahkan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati