Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong SPAJ Penghantar Notis N11 Effective May 2021

Jawatan Kosong SPAJ Penghantar Notis N11

Jawatan Kosong SPAJ Penghantar Notis N11 merupakan jawatan kosong terkini yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ). Terdapat sebanyak 9 kekosongan yang ditawarkan bagi pengambilan jawatan Penghantar Notis N11 pada kali ini. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas adalah digalakkan untuk memohon jawatan seperti di bawah ini.

Butiran Jawatan Kosong

  • Nama Jawatan: Penghantar Notis N11
  • Gred: N11
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Tempoh Permohonan: 1 Mei 2021 – 14 Mei 2021

Deskripsi Tugas Penghantar Notis N11

  • Bertanggungjawab menyampaikan surat atau dokumen undang-undang (saman, waran, perintah, kaedah/aturan, notis atau apa-apa juga proses mandatori sama ada sivil atau jenayah) kepada satu pihak yang lain secara serahan tangan, atau menampal di tempat awam serta menyediakan bukti penyampaian dokumen yang telah diserahkan.

Jadual Gaji Penghantar Notis N11

Gaji Minimum RM 1,216.00
Gaji Maksimum RM 2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 80.00

Syarat Lantikan Penghantar Notis N11

34f6b4b1 52f9 42c6 8dce f2e689954a13

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, serta lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00)

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Individu yang berminat untuk membuat permohonan bagi jawatan Penghantar Notis N11 ini perlulah dilakukan secara dalam talian melalui pautan berikut:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian jawatan kosong lain seperti berikut:

Diharapkan perkongsian Jawatan Kosong SPAJ Penghantar Notis N11 ini dapat memberi informasi lengkap kepada anda semua yang berminat untuk memohon jawatan sektor kerajaan yang ditawarkan ini. Selamat Mencuba!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati