Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 (Bahasa Melayu) Effective Mei 2021

Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 (Bahasa Melayu)

Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 (Bahasa Melayu) ini merupakan jawatan yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 17 Mei 2021 (Isnin), jam 11:59 malam. Terdapat sebanyak 8 kekosongan dan juga 8 simpanan yang sedang dibuka bagi pengambilan kali ini.

Individu yang dilantik ke jawatan yang ditawarkan ini akan diletakkan di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Pihak SPA telah menetapkan beberapa ciri keperibadian yang dikehendaki terhadap calon-calon yang ingin menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Berketerampilan baik
  2. Bersemangat tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  3. Berbakat dalam kepimpinan
  4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Mempunyai kelayakan profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan

Jadual Gaji Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29

Gaji Minimum RM 1,698.00
Gaji Maksimum RM 5,717.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 145.00

Syarat Lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29
(Bahasa Melayu)

ec51166e 724e 46fc a8c0 b20773eba895 2
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Kelayakan Akademik

  • Diploma dalam bidang perguruan daripada institusi Perguruan tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,698.00); atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,844.44).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keperluan Bidang (Ditetapkan oleh Jabatan)

  • Pendidikan (Bahasa Melayu)
  • Bahasa dan Linguistik Melayu
  • Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu dan Kewartawanan
  • Kesusasteraan Melayu
  • Pendidikan (Kesusasteraan Melayu)
  • Sastera (Pengajian Bahasa Melayu)
  • Bahasa Malaysia dan Matematik

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan/kelulusan diploma yang telah diiktiraf oleh Senat Universiti/Jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : IKLAN SPA9 JAWI Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 (Bahasa Melayu)

Cara Permohonan

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melaui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan beberapa jawatan kosong kerajaan yang lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 (Bahasa Melayu) ini dapat memberi maklumat lengkap kepada anda semua yang berminat untuk memohon jawatan yang sedang ditawarkan oleh SPA ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati