Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Jawatan Kosong SPAJ Juruteknik Komputer FT19 Effective 2021

Jawatan Kosong SPAJ Juruteknik Komputer FT19

Jawatan Kosong SPAJ Juruteknik Komputer FT19 merupakan jawatan kosong terkini yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ). Terdapat sebanyak 8 kekosongan yang ditawarkan bagi pengambilan jawatan Juruteknik Komputer FT19 pada kali ini. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas adalah digalakkan untuk memohon jawatan seperti di bawah ini.

Butiran Jawatan Kosong SPAJ

  • Nama Jawatan: Juruteknik Komputer
  • Gred: FT19
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Sistem Maklumat
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Tempoh Permohonan: 1 Mei 2021 – 14 Mei 2021

Deskripsi Tugas Juruteknik Komputer FT19

  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT, serta
  • Tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

Jadual Juruteknik Komputer FT19

Gaji Minimum RM 1,377.00
Gaji Maksimum RM 4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 100.00

Syarat Lantikan Juruteknik Komputer FT19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
8e5383dc 940f 4993 af70 29794bba49c5
Jawatan Kosong SPAJ

Syarat Akademik

  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24)

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Individu yang berminat untuk membuat permohonan bagi jawatan Juruteknik Komputer FT29 ini perlulah dilakukan secara dalam talian melalui pautan berikut:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian jawatan kosong lain seperti berikut:

Diharapkan perkongsian Jawatan Kosong SPAJ Juruteknik Komputer FT19 ini dapat memberi informasi lengkap kepada anda semua yang berminat untuk memohon jawatan sektor kerajaan yang ditawarkan ini. Selamat Mencuba!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati