Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan dan Cara Solat Witir di Rumah Serta Rakaat Solat Witir

Panduan dan Cara Solat Witir di Rumah Serta Rakaat Solat Witir

Bagaimana cara solat witir di rumah? Bagi umat islam, terdapat beberapa solat sunat yang didirikan untuk mendapat fadhilat. Terdapat soiat witir yang sinonim dengan masyarakat islam dirikan selepas selesai solat sunat terawih.

Ada yang solat sunat terawih sehingga selesai bersama dengan imam dan di akhiri dengan solat sunat witir 3 rakaat. Persoalannya bagaimana dengan cara solat witir di rumah sekiranya seseorang itu hanya solat terawih 8 rakaat lalu pulang ke rumah? Jom kita ketahui bersama melalui perkongsian dibawah.

Perihal Berkenaan Solat Witir

Apa itu Solat Witir?

Panduan dan Cara Solat Witir di Rumah Serta Rakaat Solat Witir

Solat Sunat Witir adalah merupakan solat sunat yang dikenali sebagai ganjil kerana bilangan rakaatnya yang ganjil di mana solat ini diakhiri dengan satu rakaat untuk menjadikannya bilangan yang ganjil.

Ia dianjurkan solat dengan bilangan rakaat solat sunat iaitu satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau sebelas rakaat. (Paling kurang adalah satu rakaat dan sebanyak-banyaknya sebelas rakaat). Bagi solat witir ia dilakukan selepas Solat Fardu Isyak.

Apa Hukum Solat Witir?

Menjawab persoalan apakah hukum solat witir? Apakah boleh solat witir sendiri? Untuk soiat witir hukumnya adalah muakkad, iaitu sunat yang amat digalakkan di dalam agama Islam. Solat witir sunat dilaksanakan secara individu namun semasa dalam bulan Ramadan, pelaksanaan solat ini dituntut dilakukan secara berjemaah setelah selesai menyempurnakan Solat Sunat Tarawih berjemaah.

Terdapat juga hadis berkenaan solat witir. Melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Ansari bahawa Nabi bersabda:

“Solat sunat witir itu adalah hak (disyariatkan) tetapi tidak wajib. Oleh itu, sesiapa yang suka untuk solat sunat witir dengan lima rakaat, maka lakukanlah, sesiapa yang suka untuk solat sunat witir dengan tiga rakaat, maka lakukankah dan sesiapa yang suka untuk solat witir dengan satu rakaat, maka lakukanlah.”

Hadis riwayat Abu Daud


Bila Waktu Solat Sunat Witir?

Bagi mengerjakan solat sunat witir, waktunya ialah sepanjang malam usai selesai Solat Isyak sehingga terbit fajar pada waktu Subuh.

Solat seseorang itu tidak dikira sebagai sembahyang Witir jika dilaksanakan sebelum menunaikan solat Isyak sama ada solat sunat Witir itu dibuat dengan sengaja ataupun terlupa. Ia adalah kerana solat ini terkait dengan syarat iaitu wajib hanya selepas menunaikan solat Isyak.

Perkara ini dijelaskan berdasarkan riwayat Amru bin al-Ash daripada Abu Basrah al-Ghifari bahawa Baginda SAW bersabda:

Allah menambah untuk kamu satu solat, iaitu solat witir. Oleh itu solatlah kamu di antara solat Isyak sehingga solat Subuh

Riwayat Ahmad dalam Masnad Ahmad

Berbeza pula bagi orang yang menjamakkan solat Isyak bersama Solat Maghrib secara jamak taqdim (Solat Isyak dalam Waktu Maghrib), dengan itu dia boleh melakukan solat sunat Witir selepas solat jamak tersebut Walaupun ketika itu belum masuk waktu Isyak.

Jelas bahawa ini kerana syarat sah solat sunat Witir adalah mesti dilaksanakan selepas solat Isyak sahaja.

Panduan Cara Solat Witir dan Doa Solat Sunat Witir

Cara Solat Witir di Rumah

Bagi cara solat witir untuk individu, anda boleh melakukkannya dengan merujuk cara solat witir dibawah:

  1. Niat
  2. Membaca surah al-fatihah
  3. Rakaat pertama surah Al-A’la
  4. Rakat kedua surah Al-Kafirun
  5. Memberi salam
  6. Berdiri dan solat 1 rakaat dengan membaca surah 3 qul (Al-ikhlas, Al-Falaq,dan An-nas)
  7. Akhiri dengan salam
image 39
Panduan Cara Solat Witir dan Doa Solat Sunat Witir

Doa Solat Sunat Witir

Selepas selesai menunaikan solat sunat witir, anda boleh ikuti bacaan doa solat wiitir dibawah:

cara solat witir doa

Berapa Jumlah Rakaat Solat Sunat Witir?

Untuk rakaat solat witir adalah jumlahnya dalam bilangan ganjil. Cara solat witir ialah satu salam bagi setiap dua rakaat, dan ditambah satu rakaat dihujungnya dengan satu salam.

Untuk memudahkan memahami dalam rakaat solat sunat witir, anda boleh rujuk contoh dibawah :

  • Satu Rakaat – 1 kali satu rakaat
  • Tiga Rakaat – 1 kali dua rakaat dan satu rakaat lagi secara berasingan.
  • Lima Rakaat – 2 kali dua rakaat dan satu rakaat lagi secara berasingan.
  • Tujuh Rakaat – 3 kali dua rakaat dan satu rakaat lagi secara berasingan.
  • Sembilan Rakaat – 4 kali dua rakaat dan satu rakaat lagi secara berasingan.
  • Sebelas Rakaat – 5 kali dua rakaat dan satu rakaat lagi secara berasingan.

Bahagian Rakaat solat sunat witir

Berdasarkan penerangan dalam kitab al-mughni muhtaj, cara solat sunat witir dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

  • Rakaat Witir Paling Minima : Paling kurang rakaat solat sunat witir ialah satu rakaat atau tiga rakaat berdasarkan pendapat sebahagian ulama Syafieyyah. Solat dilakukan secara dua rakaat dengan satu salam dan satu rakaat lagi berasingan.
  • Rakaat Yang Dicadangkan : Adalah boleh dilakukan dengan lima, tujuh dan sembilan rakaat.
  • Rakaat Witir Yang Paling Sempurna : Untuk solat witir yang paling sempurna ialah dengan dilakukan sebanyak sebelas rakaat berserta mengucap salam setiap dua rakaat lalu diakhiri dengan satu rakaat.

Untuk solat witir ini adalah boleh dilakukan mengikut hak masing-masing. Perkara ini dijelaskan dalam hadis nabi SAW:

Solat witir adalah hak setiap Muslim. Sesiapa yang mahu solat witir lima rakaat, lakukanlah. Dan sesiapa yang suka melakukan solat witir tiga rakaat, lakukanlah. Dan siapa yang suka melakukan solat witir satu rakaat, lakukanlah.

Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati