Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pengawas Hutan G19 Effective April 2021

Jawatan Kosong Pengawas Hutan G19

Jawatan Kosong Pengawas Hutan G19 ini merupakan tawaran kekosongan jawatan yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak Darul Ridzuan. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 4 Mei 2021 (Selasa).

Jawatan Kosong Pengawas Hutan G19 ini akan ditempatkan dalam perkhidmatan awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Sehubungan itu, Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan ini.

Maklumat Jawatan Kosong

  • Jawatan: Pengawas Hutan
  • Jabatan: Perkhidmatan Awam Negeri Perak
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pertanian
  • Gred Jawatan: G19
  • Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

Jadual Gaji Pengawas Hutan G19

Gaji Minimum RM 1,357.00
Gaji Maksimum RM 4,008.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 100.00

Syarat Pelantikan Pengawas Hutan G19

ff320f03 1974 4eca a191 27bc8c915c25 9

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dengan kewarganegaraan
    Malaysia,
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan

Kelayakan Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah
    latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan ke Pengawas Hutan Gred G19 hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Awam dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pengawas Hutan Gred G19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan akademik seperti di atas
  • Lulus Peperiksaan Khas; dan

Had Umur Pelantikan

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Cara Permohonan

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan
melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat :-

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Perak Darul Ridzuan:

  • (u/p : Unit Pengambilan) No Tel : 05-2540615

Senarai Kerja Kosong Jawatan Kerajaan yang Lain:

  1. Jawatan Kosong Pembantu Awam H11
  2. Jawatan Kosong Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka)
  3. Jawatan Kosong Pemelihara Hutan G29
  4. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT2
  5. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Veterinar G29
  6. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
  7. Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia
  8. Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita
  9. Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan
  10. 695 Kekosongan Jawatan SPANS
  11. Jawatan Kosong SPA Pembantu Tadbir Gred N19
  12. Jawatan Kosong Program Imunisasi Kebangsaan
  13. Jawatan Kosong Konstabel Bank Negara Malaysia
  14. Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara

Individu yang berkelayakan adalah digalakkan untuk memohon Jawatan Kosong Pengawas Hutan G19 ini dengan kadar sefera sebelum tarikh tutup pada 4 Mei 2021. Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati