Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Konstabel Bank Negara Malaysia Effective April 2021

Jawatan Kosong Konstabel Bank Negara Malaysia

Jawatan Kosong Konstabel Bank Negara Malaysia ini merupakan kekosongan jawatan yang sedang dibuka sehingga tarikh tutup pada 23 April 2021. Bank Negara Malaysia mengalu-alukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan Konstabel dalam perkhidmatan Polis Bantuan di Bank Negara Malaysia.

Anda berpeluang untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang luas dengan Pelan Pusingan Kerja (Job Rotation) di Pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Syarat-syarat Kelayakan Konstabel Bank Negara Malaysia

Calon hendaklah mempunyai kelayakan seperti yang berikut:

  • Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 28 tahun
  • Sihat tubuh badan, mempunyai deria penglihatan yang baik dan tiada kecacatan fizikal
  • Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah

Syarat Akademik

407635976 10232014638406816 7790950393849463452 n 3

Kelayakan minimum bagi jawatan Konstabel (Unit Khas):

  1. Diploma dalam bidang Elektrik / Elektronik / Mekanikal / Sains / Kejuruteraan / Teknologi Maklumat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00; dan
  2. Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelayakan minimum bagi jawatan Konstabel: Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dan lulus Bahasa Inggeris.

Ukuran Badan dan Ciri Fizikal

Calon mestilah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal seperti yang berikut:

  • Ketinggian Minimum (tidak berkasut): 165 cm (Lelaki) & 163 cm (Wanita)
  • Berat Badan Minimum: 50 kg (Lelaki) & 48 kg (Wanita)
  • Ukuran Dada (Lelaki): Sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas)
  • Indeks Jisim Badan (Body Mass Index – BMI): Antara 19 hingga 26
  • Penglihatan: Lulus ujian bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna.

Manfaat dan Kemudahan

Berikut merupakan beberapa manfaat dan kemudahan sekiranya anda menyertai Konstabel Bank Negara Malaysia, antaranya ialah:

  • Pakej gaji dan manfaat elaun yang kompetitif
  • Kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan
  • Kemudahan rawatan perubatan
  • Kemudahan rawatan pergigian
  • Perlindungan insurans nyawa dan kemalangan
  • Peluang untuk melanjutkan pelajaran dan memajukan kerjaya
  • Peluang untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang luas dengan Pelan Pusingan Kerja (Job Rotation) di Pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

NOTA: Pihak Bank Negara Malaysia berhak untuk membuat sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan tanpa sebarang pemberitahuan.

Cara Permohonan

Mana-mana individu yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai pengambilan Pemohon Jawatan Konstabel Bank Negara Malaysia boleh membuat permohonan secara dalam talian sebelum atau pada tarikh tutup 23 April 2021.

Untuk makluman semua, Bank Negara Malaysia memproses maklumat peribadi di dalam borang permohonan ini mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Dengan melengkapkan borang permohonan ini, anda dengan ini bersetuju dengan pengumpulan dan pendedahan data peribadi anda untuk digunakan oleh pihak Bank Negara Malaysia bagi tujuan pengambilan. Klik pautan yang disediakan di bawah ini untuk memohon:

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda dikehendaki untuk mengajukannya menerusi:

Anda juga mungkin berminat dengan jawatan kosong lain seperti Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan ataupun 695 Kekosongan Jawatan SPANS.

Diharapkan perkongsian Jawatan Kosong Konstabel Bank Negara Malaysia ini dapat membantu anda semua yang sedang mencari pekerjaan. Anda digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati