Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Felda Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan 2023

Jawatan Kosong Felda Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan 2023
Jawatan Kosong Felda

Jawatan Kosong Felda Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan 2023. Makluman terbaru buat rakyat Malaysia, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) kini telah membuka satu peluang keemasan kerjaya kepada rakyat Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan. Lembaga yang menguruskan hal ehwal perkaitan tanah persekutuan ini adalah merupakan lembaga yang bertindak penting dalam merancang ekonomi serta industri negara. Ia juga memainkan peranan dalam memajukan sesuatu kawasan yang berada di pedalaman.

Usaha kerajaan ini juga dalam membantu lembaga tersebut melalui peruntukan dana yang disediakan dan disalurkan. Oleh yang demikian itu, amatlah bagi anda disarankan merebut peluang keemasan kerjaya ini bersama FELDA dalam memajukan negara serta membantu kerajaan dalam menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka

Jawatan Kosong Felda Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan 2023

Apakah Jawatan Kosong Yang Ditawarkan FELDA?

Bagi rakyat Malaysia yang ingin memohon jawatan kosong di lembaga milik kerajaan, anda boleh membuat permohonan berdasarkan kelayakan akademik anda dari PMR, SPM,Diploma dan Ijazah.

Maklumat Jawatan Kosong Yang Ditawarkan:

  • TAWARAN KEKOSONGAN JAWATAN:

Pembantu Tadbir (N19) Atau Pembantu Pembangunan Masyarakat (S19)

Status Jawatan: Lantik Tetap

Lokasi Kekosongan: Pelbagai Negeri

Cara Permohonan Jawatan Kosong Felda Terkini

Bagaimanakah Cara Untuk Membuat Permohonan Jawatan FELDA Ini?

Untuk makluman semua para calon, permohonan bagi jawatan kosong ini ia adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja. Permohonan bagi jawatan ini ia perlulah dilakukan SECARA ATAS TALIAN dengan mengimbas Kod QR sebelum atau pada 13 JANUARI 2023.

Para calon perlu mengimbas Kod QR yang telah disediakan dalam gambar iklan atau anda boleh terus tekan link Kod QR yang telah disediakan di bawah. Para calon amatlah dinasihatkan buat permohonan dengan baik dan tidak terburu-buru serta dinasihatkan menyediakan segala dokumem dengan cemerlang agar permohonan jawatan yang telah diminta tidak ditolak.

Berikut adalah link Kod QR yang diberikan atau sekiranya tidak berjaya untuk masuk ke link yang diberikan, para calon boleh mengimbas Kod QR seperti yang diberikan dalam gambar di bawah ini (sila rujuk gambar yang disediakan)

  • Tawaran kerjaya Pembantu Tadbir Perkeranian (N19)

https://qr.codes/oSPnAX

  • Tawaran kerjaya Pembantu Pembangunan Masyarakat (S19)

https://qr.codes/L2CKdB

Jawatan Kosong Felda
Jawatan Kosong Felda

Sumber rujukan gambar ini diambil dari laman rasmi Facebook Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FELDA 

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FELDA Tarikh Tutup Permohonan 

Bilakah Tarikh Dibuka dan Ditutup Permohonan Jawatan FELDA Ini?

Untuk makluman semua para calon, permohonan jawatan ini ia mula dibuka sekarang dan para hendaklah segera mengisi kekosongan jawatan ini dengan menyediakan segala borang dan dokumen lengkap seperti mana yang diminta oleh majikan sebelum tiba tarikh akan ditutup permohonan bagi jawatan ini iaitu pada 13 Januari 2023 sebagaimana yang telah diiklankan oleh FELDA dan permohonan anda hendaklah dibuat secara atas talian(Online) sahaja tanpa perlu bersemuka.

Permohon jawatan kosong ini hendaklah dibuat berdasarkan syarat kelayakan jawatan yang ditawarkan. Dan perhatian penting buat para calon, hanya calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sahaja akan disenarai pendek untuk dipanggil bagi sesi temuduga dan bagi calon yang gagal memenuhi syarat-syarat kelayakan akan ditolak secara langsung. Oleh itu, disarankan bagi para calon berhemah dalam membuat permohonan dan teliti dengan baik segala syarat kelayakan dan cara permohonan seperti mana yang diminta oleh majikan.

Apakah Syarat Kelayakan Bagi Permohonan Jawatan Kosong Ini?

Untuk membuat permohonan jawatan kosong yang ditawarkan ini, anda dinasihatkan serta perlu meneliti dahulu syarat-syarat kelayakan bagi permohonan ini seperti di bawah:

  • Calon hendaklah merupakan warganegara Malaysia
  • Calon juga hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sekiranya calon merupakan individu yang berkelayakan dengan kelulusan Ijazah, Diploma, Sijil Persekolahan (PMR, SPM, STPM, “A” Level, Pra-Universiti) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, anda adalah di pelawa bagi mengisi kekosongan jawatan di atas.
  • Selain itu calon perlulah memiliki tubuh badan yang sihat
  • Berpakaian kemas dalam melakukan tugas dan bertanggungjawab
  • Serta calon mempunyai pengetahuan yang luas dan mempunyai etika yang baik serta memiliki ciri-ciri sifat kepimpinan dan lain-lain (sila rujuk iklan yang telah disediakan)

Bagi para calon yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jawatan kosong ini, anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah untuk memudahkan urusan permohonan anda.

+603-21912191

Samb. Ext;

  1. > Nurul Amira (2176)
  2. > Nur Nadhirah (2134)

Ataupun boleh ke e-mel rasmi FELDA seperti mana yang disediakan dibawah (sila rujuk dengan baik)

Maklumat Tambahan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FELDA

Sebagaimana mana yang telahpun di maklumkan mengenai maklumat Jawatan Kosong Felda Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan 2023 ini amatlah disarankan untuk para calon mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang FELDA agar permohonan anda ditolak kerna tidak mustahil para calon akan ditanya mengenai sedikit latar belakang mengenai FELDA dan berkemungkinan ia menjadi bonus buat calon mendapat kelulusan dalam sesi temuduga.

Oleh itu disini disertakan sedikit maklumat agar dimudahkan bagi calon untuk urusan permohonan.

Bilakah Penubuhan FELDA?

FELDA atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956 pada 1 Julai 1956. Pada masa kini, FELDA merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Apakah Peranan FELDA?

FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin.

Bagaimanakah FELDA Menguruskan Rancangannya?

FELDA mempunyai tiga peringkat pengurusan iaitu :

  • Ibu Pejabat
  • Pejabat Kawasan
  • Rancangan

Dari manakah diperolehi sumber kewangan untuk membiayai kegiatan pembangunan FELDA?

Sumber kewangan bagi membiayai projek-projek pembangunan oleh FELDA diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kerajaan Kuwait, Tabung Pembangunan Arab Saudi dan lain-lain. Wang ini diperolehi dalam bentuk pinjaman untuk membiayai kerja-kerja pertanian, pembinaan kilang dan perumahan peneroka.

Adakah Peneroka Dikenakan Potongan Untuk Kos Pengurusan Rancangan?

Peneroka tidak dikenakan sebarang potongan untuk kos pengurusan. Kos pengurusan dibiayai dengan peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan

Bilakah Peneroka Dapat Memperolehi Ha Milik Tanah?

FELDA hanya akan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya dikeluarkan surat hak milik setelah peneroka menunaikan tanggungjawab sebagai peneroka dan selesai membayar kembali kos pembangunan kepada FELDA termasuk bayaran Cukai Tahunan Yang Disatukan kepada Kerajaan Negeri.

Bagaimana Perwarisan Hak Milik Peneroka Dilaksanakan?

Bagi peneroka yang telah menerima surat hak milik, apabila berlaku kematian, pembahagian kawasan pegangan kepada waris-waris simati akan diuruskan oleh pejabat tanah daerah yang berkenaan. Bagi peneroka yang belum menerima surat hak milik ianya akan diuruskan oleh unit pesaka kecil Pejabat Daerah dengan kerjasama Pengurus Rancangan.

Sumber rujukan di https://www.felda.gov.my/soalan-lazim

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati