Tawaran Sebagai Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023. Pengumuman terkini oleh YB Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka peluang kepada orang awam untuk turut serta dalam inisiatif besar sebagai Pengawas Sukarelawan bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2023. Langkah ini diambil sebagai usaha untuk meringankan beban guru-guru yang selama ini banyak dipertanggungjawabkan dengan pelbagai kerja bahkan sebahagian daripada mereka kena memikul tanggungjawab sebagai pengawas peperiksaan yang teramatlah penat.
Oleh yang demikian, kewujudan inisiatif ini membolehkan para guru untuk meluangkan lebih sedikit masa bersama keluarga dalam tempoh peperiksaan berlangsung. Bagi setiap individu yang berumur antara 18 hingga 65 tahun yang berminat untuk menjadi Pengawas Peperiksaan SPM 2023, Jom mohon peluang ini untuk menjadi pengawas sukarelawan bagi tahun ini.
Sertai telegram rasmi bagi saluran kerja kosong Malaysia kerajaan dan swasta. Untuk itu anda boleh tekan pautan dibawah:
Permohonan Mengenai Tawaran Sebagai Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023
Isi Kandungan
Lembaga Peperiksaan (LP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyelenggarakan peperiksaan bertulis SPM bagi tahun 2023 yang dijadualkan berlangsung dari 20 Januari hingga 7 Mac 2024.
Bagi memenuhi keperluan dan kemahuan pengawas peperiksaan untuk kali ini, Lembaga Pendidikan telah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan membuka peluang kepada orang awam yang ingin menyumbang tenaga sebagai Pengawas Peperiksaan SPM. Peluang ini didasarkan pada prinsip sukarelawan di mana elaun akan dibayar mengikut bilangan hari bertugas dengan kadar bayaran semasa yang berlaku bagi bukan penjawat awam.
Maklumat Ringkas Tawaran Sebagai Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023
Berikut adalah maklumat yang telah diiklankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia beserta penerangan ringkas mengenai iklan dikeluarkan:
MAKLUMAT | TEMPAT |
---|---|
Pengawas Sukarelawan SPM | Seluruh Negeri |
Tarikh Tamat Permohonan Tawaran Sebagai Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023
Untuk makluman kepada semua calon sukarelawan, tarikh tutup permohonan pada 12 September 2023 sehingga 31 Oktober 2023
Deskripsi Tugas Pengawas SPM 2023
Kita ketahui setiap tugas atau pekerjaan semestinya pasti ada tugasan yang perlu dibuat oleh setiap yang layak dalam permohonan nanti. Pada masa yang sama, sukarelawan mestilah menjalankan tugas sebagai Pengawas Peperiksaan untuk SPM 2023, berikut adalah senarai tugas yang perlu dilaksanakan oleh semua sukarelawan:
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan dalam mengawasi suasana dan keadaan peperiksaan di dalam dewan atau bilik peperiksaan.
- Bekerjasama dengan Ketua Pengawas Peperiksaan dalam waktu pengedaran kertas peperiksaan dan bahan peperiksaan mengikut keperluan semasa.
- Para Sukarelawan bertanggungjawab dalam mengumpulkan atau mengutip kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif, dan bahan peperiksaan lain yang berkaitan.
- Mengawasi calon peperiksaan ketika mereka pergi ke tandas dan kembali masuk ke dalam dewan atau bilik peperiksaan.
- Membantu ketua pengawas untuk memantau suasana calon peperiksaan sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung di dalam dewan atau bilik peperiksaan.
- Melaksanakan arahan yang diberikan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Syarat Kelayakan yang Perlu Ada Pada Calon
Untuk permohon kali ini, mestilah para calon mengikut kepada kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Perlu untuk pemohon cakna akan syarat permohonan seperti dibawah:
- Warganegara Malaysia.
- Memiliki sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan.
- Berumur antara 18 hingga 65 tahun.
- Calon adalah pesara atau pelajar kolej atau universiti yang sedang dalam tempoh cuti semester semasa peperiksaan SPM berlangsung atau merupakan lepasan sekolah, kolej, atau universiti.
- Tiada rekod jenayah atau kesalahan mahkamah yang dilaporkan atau disabitkan keatas calon.
- Memiliki kenderaan atau pengangkutan peribadi.
Kaedah Permohonan Sebagai Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023
Iklan Permohonan Pengawas Sukarelawan SPM
Sebelum memulakan urusan permohonan adalah lebih baik untuk anda melihat terlebih dahulu siaran syarat yang dikeluarkan secara rasminya oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Penting untuk anda ketahui iklan yang dibuka dan akan ditutup untuk mengelakkan anda terlepas pandang. Berikut adalah iklan yang disiarkan:
Jika anda telah selesai membuat semakan hebahan, maka anda hendaklah membuat permohonan terus agar anda tidak terlepas untuk menjadi pengawas SPM.
Maklumat Perlu Diisi Ketika Buat Permohonan
Bagi para pemohon yang bersedia dan berminat membuat permohonan anda boleh ikuti langkah dan tatacara yang kami sediakan dibawah dan ikuti satu persatu kami nyatakan.
Langkah 1
Permohonan hendaklah dibuat di dalam google form yang telah disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan dibawah:
Nota : Para pemohon mestilah mengisi borang diatas dengan maklumat betul dan lengkap agar permohonan anda diterima dengan mudah.
Langkah 2
Jika anda siap mengisi kesemua maklumat anda pada borang permohonan secara lengkap dan sahih. Para calon perlu ketahui proses penerimaan permohonan anda diterima atau tidak seperti berikut:
- Pemohon yang berjaya akan menerima maklum balas dari pihak lembaga peperiksaan dan dikehendaki untuk memberi jawapan respon terhadap surat tawaran dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
- Bagi pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas satu bulan dari tarikh penutupan iklan, permohonan mereka dianggap tidak berjaya.
- Segala kos berkaitan dengan permohonan ini akan menjadi tanggungjawab peribadi pemohon.
Tarikh & Jadual SPM 2023
Media melaporkan bahawa peperiksaan SPM 2023 akan dimulakan pada 5 Disember akan datang, sebagai sebahagian daripada usaha KPM untuk membawa sesi permulaan persekolahan kembali kepada tarikh asal iaitu pada bulan Januari secara berperingkat.
Peperiksaan ini akan diawali dengan Ujian Amali Sains pada 5 Disember, diikuti dengan Ujian Bertutur pada 8 Januari tahun depan.
Untuk peperiksaan bertulis, ia dijadualkan bermula pada 30 Januari dan berakhir pada 7 Mac.