Ayam masak merah memang menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat tidak kira usia muda atau tua. Jika kita pergi ke kenduri kahwin pasti menu ini tidak pernah ketinggalan. Untuk mendapatkan ayam masak seperti di kenduri kahwin kini tidaklah sukar kerana kita mampu untuk memasaknya sendiri di rumah untuk dihidangkan kepada keluarga.
Seorang tukang masak kenduri iaitu Pakwan telah berkongsi resepinya di bawah ini. Jom kita cuba resepi ayam masak kenduri ini.
Sempena hari lahir isteri saya hari ini saya nak kongsikan resepi ayam masak merah meletop, resepi ni saya belajar dari tukang masak kenduri tersohor di negeri Kelantan, rasanya pedas2 masam manis sangat menyelerakan dimakan dgn nasi putih, apatah lagi kalau dimakan dgn nasi minyak, memang sangat sedap. Ramai pelanggan saya yang memuji kesedapan ayam masak merah kami, dan ramai juga yang repeat order dan menjadi pelanggan tetap kami disebabkan ayam masak merah ini sahaja.
saya halalkan untuk sahabat2 kongsi resepi ini, doakan bisnes kami sentiasa maju ke hadapan dan dapat memberikan perkhidmatan katering yang terbaik.
Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Merah Kenduri
- Seekor ayam (digoreng bersama kunyit dan garam)
- 8 biji bawang besar*
- 5 biji bawang holand*
- 10 ulas bawang putih*
- 1 biji halia sebesar ibu jari*
kisar semua bahan bertanda *
- 1 senduk cili kering kisar
- 2 batang serai ( diketuk)
- 2 sudu gula pasir
- 1/3 botol sos cili kimball
- 1/3 botol sos tomato kimball
- sedikit air asam jawa
- garam
Cara Masak Resepi Ayam Masak Merah Kenduri
- Panas kan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar dan masak bahan sehingga garing dan pecah minyak.
- Masukkan satu senduk cili kering kisar dan 2 batang serai yang diketuk.
- Masukkan 2 sudu gula pasir ,1/3 botol sos cili kimball dan 1/3 botol sos tomato kimball.
- Setelah itu masukkan sedikit air asam jawa dan ayam yang telah digoreng tadi.
- Perasakan dgn gula dan garam.
*tips untuk mencantikkan warna ayam masak merah dengan menambahkan gula semasa menumis cili kering, ini menjadikan warna ayam masak merah yang menarik dan berkilat.
Perkongsian ikhlas resepi ayam masak merah kenduri ini ialah dari Pak Wan Kathering.
Pelbagai Resepi Lain Tidak Dapat Tandingi Resepi Ayam Masak Merah Kenduri
Admin sendiri sebenarnya orang yang suka sangat memasak sebab itu banyak sudah resepi-resepi masakan yang admin sendiri telah cuba dan kongsikan disini. Anda yang belum pernah cuba atau baca boleh lihat senarai perkongsian resepi sebelum ini antaranya ialah :