Resepi Sup Ayam Thai! Apabila berkunjung ke restoran masakan thai pasti menu supnya akan memikat selera pelanggan. Tidak kiralah menu sup ayam, daging ataupun pelbagai jenis sup lain pasti akan menjadi kegemaran pelanggan.
Sup thai ini mempunyai rasa yang berbeza berbanding sup yang biasa di makan di malaysia. Mungkin rasanya yang masam-masam dan cukup rasa yang membuatkan ramai terpikat.
Resepi Sup Ayam Thai Viral Ini Memang Terbukti Sedap!
Jom lihat perkongsian resepi oleh Puan Tini joe ini.
Bahan-bahan
Bawang merah (hiris)
Bawang besar (hiris)
Halia (hiris)
Bawang putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Cili (diketuk)
Ayam
Celery
Lobak merah
Kiub Ayam Knorr
Sup Bunjut Adabi
Garam
Gula
Maggi cukup rasa
Thai Fish sauce
Daun Ketumbar / Coriander
Hirisan bawang besar (untuk masuk last)
Tomato
Daun limau purut
Perahan asam limau nipis
Minyak sedikit
Cara-caranya
1. Panaskan minyak sedikit, masukkan bawang merah, bawang besar, bawang putih, cili, dan halia. Tumis menggunakan api sederhana sehingga bahan layu dan naik bau.
2. Masukkan air, tunggu hingga air mula menggelegak, masukkan ayam dahulu kemudian lobak merah dan batang celery.
3. Masukkan bahan untuk perasa iaitu kiub ayam, sup bunjut, garam, gula, maggi cukup rasa dan sos ikan thai.
4. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar, tomato, hirisan cili (jika perlu) dan hirisan bawang besar.
5. Sedia dihidang.
Selamat mencuba!
Sumber : Tini Joe