Resepi Biskut Coklat Chip Ala Famous Amos ini merupakan salah satu resepi terbaik yang melibatkan coklat chip. Cuba bayangkan biskut coklat cip rangup, manis dan penuh rasa coklat, lazimnya digemari pelbagai peringkat usia. Cara adunan, bahan bertepatan mengikut sukatan dan cara memasak menjadikannya lebih rangup setanding di kedai roti.
Biskut seperti ini bukan sahaja sedap dimakan semasa Hari Raya tetapi hari biasa juga pasti sedap di makan. Siapa yang minat sangat dengan biskut ni, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah.
Kalau ikut resepi Nurul Shafira ni, memang senang sangat. Semuanya kita gaul macam itu sahaja. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat. Jom kita tengok cara membuatnya di bawah.
RESEPI BISKUT COKLAT CHIP ALA FAMOUS AMOS
1. Bahan A: Kacau Rata
Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.
- 250 gram marjerin (saya guna Farmcow)
- 1 1/4 cawan brown sugar
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
2. Tambahkan Bahan B
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 6 sudu besar minyak
- *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
3. Sejukkan Adunan
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
4. Sedia Dibakar
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
5. Masukkan Dalam Oven
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
Resepi Biskut Coklat Chip Ala Famous Amos
Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ini saya letak topping almond. Kalau kosong sahaja pun tak apa. Sudah cukup sedap dah.
Bila dah masak, beginilah hasilnya. Nampak sedap kan! Rasa terus nak makan. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.
Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ni. Lain kali tak payah beli lagi. Dahlah jimat, dapat pula rasa air tangan sendiri. Memang special!