Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

4 Jenis Resepi Kerabu Mangga Paling Mudah & Sedap Yang Patut Anda Cuba

Resepi Kerabu Mangga

Resepi kerabu mangga merupakan sajian yang popular dan tersohor di Thailand dan Malaysia. Hidangan pembuka yang menyelerakan, dengan kombinasi rasa mangga dan ikan bilis pastinya akan meningkatkan selera makan di rumah atau dimana-mana kita makan.

Resepi Kerabu Mangga ini amat lazat dan mudah dihidangkan oleh semua yang berkeinginan nak makan kerabu mangga. Hidangan ini dibuat dengan mencampurkan mangga muda, ikan bilis, tomato, dan bawang besar bersama jus limau nipis, gula, dan garam.

Ikuti pelbagai menu menarik di telegram kami dengan tekan tombol dibawah:

Resepi Kerabu Mangga – Hidangan Tradisional

Kerabu Mangga, atau juga dikenali sebagai Som Tum Mamuang dalam masakan Thailand, adalah sejenis hidangan asli Asia Tenggara yang sememangnya mendapat tempat di hati ramai. Hidangan ini dikenali dengan ciri-ciri tradisional, keunikan rasa serta kombinasi tekstur yang memikat orang bila melihat.

Ciri-Ciri Buah Mangga yang Terbaik

Bagi pemilihan buah mangga lagi menepati cirinya lagi menyengat rasa kerabu mangga yang bakal anda dihidangkan. Langkah pertama adalah memilih buah mangga yang sempurna. Buah mangga yang sesuai adalah kunci kepada hidangan yang enak. Terdapat beberapa ciri-ciri utama yang perlu diberi perhatian semasa memilih buah mangga untuk Kerabu Mangga. Salah satu ciri utama adalah warna kulit buah.

Buah mangga yang masak memiliki kulit warna kekuningan atau orange cerah, bergantung kepada jenis mangga tersebut. Selain itu, bau buah mangga juga menjadi petunjuk yang baik. Buah yang masak akan mempunyai bau manis dan harum yang semerbak. Walaupun anda memiliki ciri buah mangga yang memenuhi kriteria tetapi cara masakan yang jelas dan sempurna juga mestilah dimasak dengan betul agar nutrisi dan rasa asal mangga tidak hilang setelah kita masaknya.

Bahan-Bahan Utama dan Resepi Asas

Setelah berjaya memilih kriteria buah mangga yang sesuai, langkah seterusnya adalah mengumpulkan bahan-bahan utama yang diperlukan. Bahan-bahan asas yang diperlukan termasuklah mangga beberapa biji, ikan bilis kecil atau bergantung minat pemakan, tomato segar, dan bawang besar.

Bahan-bahan ini adalah asas utama dari hidangan dan perlu dipersiapkan terlebih dahulu. Tambahan pula, penyediaan bahan asas ini adalah langkah awal dalam menyediakan kerabu mangga.

Gabungan Rasa dalam Sos Kerabu Mangga Menambah Nyegat Lagi

Kerabu Mangga juga mesti disediakan bersama sos untuk dihidangkan sekali. Sos ini adalah penentu kepada keseimbangan rasa dalam hidangan, menyatukan pelbagai rasa masam, manis, pedas, dan garam. Bahan-bahan seperti gula, garam, sos ikan, dan jus limau atau oren sunquick ditambahkan ke dalam sos.

Proses penyediaan sos ini adalah penting untuk memastikan rasa yang padu bakal meresap ke dalam hidangan. Keseimbangan rasa dalam sos juga yang menjadikan kerabu mangga begitu enak, lazat dan bergizi.

Nutrisi dan Manfaat Kesihatan Kerabu Mangga

Kerabu Mangga juga adalah pilihan pemakanan yang baik kerana kaya dengan nutrisi dan mempunyai banyak manfaat kesihatan. Buah mangga adalah sumber vitamin A, C, dan E yang penting.

Selain itu, buah mangga juga mengandungi serat makanan yang membantu dalam pencernaan. Kandungan kalorinya yang rendah menjadikan hidangan ini sesuai untuk sesiapa yang ingin mengawal berat badan. Sos kerabu mangga yang dibuat dengan jus limau atau oren sunquick adalah sumber asid askorbik yang baik untuk sistem imunisasi badan.

4 Jenis Resipi Kerabu Mangga Viral

Variasi Kerabu Mangga dari Seluruh Dunia

Walaupun hidangan ini asalnya dari Thailand, Kerabu Mangga adalah hidangan yang mempunyai variasi yang menarik dari seluruh dunia. Setiap kawasan mempunyai resepinya sendiri yang unik dengan ciri-ciri istimewa. Variasi kerabu mangga dari Selangor, Kelantan, dan Melaka mempunyai keunikannya tersendiri dan menampilkan resepi warisan. Hidangan ini juga popular di seluruh rantau Asia Tenggara, termasuk Indonesia, Filipina, dan Singapura. Keunikannya dan ciri-cirinya membuatkan hidangan ini sentiasa menarik untuk dicuba dan dirasai.

Berikut kami kongsikan resepi kerabu mangga yang mudah dan ringkas. Anda boleh mencuba salah satu versi resepi ini:

1. Resepi Kerabu Mangga Pedas

Bahan-bahan:

  • 1 biji mangga muda (disagat atau dihiris nipis)
  • 1 batang serai
  • Bunga kantan
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji cili padi
  • Ikan bilis (digoreng dan ditumbuk kasar)
  • Kacang tanah (digoreng dan ditumbuk kasar)
  • Garam & gula
  • Sos ikan
  • Air perahan limau/oren sunquick (jika mangga sudah masam tidak perlu letak)

Cara Membuat:

  1. Hiris nipis bahan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
  3. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan sos ikan dan air perahan limau.
  4. Gaul hingga sebati.
photo 6172485947522922392 m
Resepi Kerabu Mangga Pedas

2. Resepi Kerabu Mangga Dengan Rebung

Bahan-bahan:

  • Rebung
  • Mangga muda
  • Santan pekat
  • Daun kesum
  • Cili
  • Bawang
  • Kerisik
  • Ikan panggang tawar
  • Sedikit garam
  • 1 botol budu
  • Asam limau

Cara Membuat:

  1. Cincang halus rebung. Celur dan toskan.
  2. Cincang halus mangga, rendam di dalam air garam dan toskan.
  3. Potong halus bahan yang bertanda .
  4. Masukkan semua bahan dan gaul hingga sebati. Sedia untuk dihidang.
photo 6172485947522922393 y
Resepi Kerabu Mangga Dengan Rebung

3. Resepi Kerabu Mangga Budu

Bahan-bahan:

  • 12 biji mangga epal muda (sedang-sedang masak)
  • 5 batang bunga kantan
  • 5 biji bawang besar
  • 20 batang cili padi merah dan hijau
  • 12 biji limau kasturi
  • Budu
  • 2 senduk gula

Cara Membuat:

  1. Sagat mangga halus-halus. Potong bawang melintang bagi panjang.
  2. Gunting atau potong nipis bunga kantan dan cili padi.
  3. Masukkan air limau yang diperah dan dibuang bijinya. Gunting halus kulit limau dan masukkan sekali.
  4. Goncangkan botol budu dan masukkan semua terus.
  5. Gaul semua bahan sehingga sebati. Boleh disesuaikan mengikut citarasa anda.

4. Resepi Kerabu Mangga Ala Thai

Bahan-bahan:

  • Mangga
  • Udang kering
  • Kacang goreng
  • Bawang merah
  • Serai
  • Cili padi
  • Air limau nipis
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Sos sotong atau sos ikan
  • Garam dan gula

Cara Membuat:

  1. Racik halus mangga. Sangai dan kisar kasar udang kering.
  2. Tumbuk kacang dan hiris bawang merah, serai, cili padi, daun kesum, dan bunga kantan.
  3. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
  4. Sesuaikan mengikut citarasa sendiri. Siap untuk dihidang.
kerabu mangga ala thai 1 400x300 1
Resepi Kerabu Mangga Ala Thai

Resepi-resepi ini sangat mudah dibuat dan akan memberikan pelbagai citarasa Kerabu Mangga yang enak.

Terdapat 32 jenis masakan untuk dikombinasi dengan mangga

25 Jenis Kombinasi dengan Kerabu Mangga
1. Kerabu Mangga + Perut
2. Kerabu Mangga + Kacang Botol
3. Kerabu Mangga + Pucuk Manis
4. Kerabu Mangga + Limau Bali
5. Kerabu Mangga + Isi Ketam
6. Kerabu Mangga + Pucuk Ulam Raja
7. Kerabu Mangga + Tauge
8. Kerabu Mangga + Sayur
9. Kerabu Mangga + Kerang
10. Kerabu Mangga + Udang
11. Kerabu Mangga + Daun Selom
12. Kerabu Mangga + Sotong Suhun
13. Kerabu Mangga + Ikan Bilis
14. Kerabu Mangga + Sotong
15. Kerabu Mangga + Pucuk Paku Sambal Belacan
16. Kerabu Mangga + Ikan Pekasam
17. Kerabu Mangga + Daging
18. Kerabu Mangga + Tauge bersama kacang kelisa
19.Kerabu Mangga + Kacang Panjang
20. Kerabu Mangga + Tauge kerang
22. Kerabu Mangga + Pucuk Cekur
25. Kerabu Mangga + Sotong bersama tomato

Cara Membuat Hidangan Kerabu Mangga yang Sempurna

Membuat kerabu mangga yang enak dan lazat mungkin tidaklah sebegitu sukar, namun ia memerlukan beberapa langkah penting. Langkah pertama adalah adunkan buah mangga yang telah disediakan dengan bahan lain seperti ikan bilis, tomato, bawang besar, daun ketumbar, dan lain-lain.

Setelah itu, sos yang telah diperbuat harus disediakan dan dimasukkan ke dalam campuran tersebut. Proses pencampuran hendaklah dilakukan dengan perlahan-lahan dan rata, supaya sos meresap ke dalam buah mangga dan bahan lain. Hidangan ini boleh dihidangkan sebagai pembuka selera atau sebagai pelengkap hidangan utama. Penyediaan yang kemas kerabu mangga akan memastikan hidangan ini menjadi tarikan untuk semua orang.

Tips Pilih Manga Terbaik Untuk Jadikan Kerabu Mangga

Untuk memilih buah mangga yang terbaik untuk dijadikan kerabu, berikut adalah beberapa tips yang berguna.

  • Pertama, pilih mangga yang beratnya nampak sesuai dengan saiznya. Buah yang berat biasanya mengandungi lebih banyak daging.
  • Kedua, perhatikan kulit mangga. Mangga yang matang biasanya mempunyai kulit yang sedikit lembik dan berkilat.
  • Ketiga, periksa warna kulit mangga. Mangga yang masak akan mempunyai warna yang lebih cerah, tetapi bergantung pada jenis mangga.
  • Keempat, perhatikan bau mangga. Mangga yang sudah masak akan berbau harum dan manis.
  • Terakhir, rasa dengan lembut sedikit untuk mengesahkan matang buahnya

Nikmati Kelazatan Variasi Kerabu Mangga Anda

Menu kerabu mangga adalah hidangan yang menyegarkan dan lazat yang boleh dinikmati pada bila-bila masa. Anda boleh menikmatinya sebagai pembuka selera bersama keluarga atau rakan-rakan, atau sebagai pelengkap hidangan utama. Hidangan ini juga boleh disesuaikan dengan selera anda sendiri. Oleh itu, jangan ragu-ragu untuk mencuba resepi ini dan berkongsi dengan orang yang anda sayangi. Selamat menikmati resepi hidangan kerabu mangga!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati