Kek nestum ini sudah mendapat banyak perkongsian dan ramai telah mencuba dan menjadi viral kerana kek ini memamg sedap dan gebu. Hendak membuatnya juga mudah. Jom lihat resepi ini dan anda cuba sendiri pasti tidak menyesal.
Bahan- bahan
200gm       majerin @ mentega
150gm       gula perang
sedikit       esen vanila
50gm        nestum originalÂ
3 sudu besar  susu pekat
160gm       tepung naik sendiri
5 biji        telur
kacang badam atau apa sahaja jenis kacang ( untuk tabur di atas kek)
Cara-caranya
1. Majerin dan gula perang pukul guna mixer hingga kembang sebati.
2. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
3. Masukkan telur satu per satu.
4. Perlahankan mixer masukkan tepung.

5. Masukkan nestum.
6. Lapik loyang menggunakan baking paper.
7. Tuang adunan dan tabur kacang badam. Jika tidak mahu tabur kacang tiada
  masalah,biarkan sahaja kosong.

8. Bakar pada suhu 170’c selama 45-55 minit api atas bawah.
9. Apabila sudah masak, keluarkan dari oven dan terbalik kan pada papan kek.
10. Sudah sejuk, terbalik kan semula kek.
11. Sedia dihidang.
Jika anda hendak mencuba dahulu anda boleh kecilkan resepi menjadi kek yang kecil. Tetapi menyesal pula nanti anda kena buat lagi kek ini, sebab memang gebu dan pasti menjadi guna resepi ini.
Sumber : Lieyaa homemade