Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Resepi Kek Sandwich yang Gebu dan Sedap

Resepi Kek Sandwich
Resepi Kek Sandwich

Resepi Kek Sandwich? Kenapa kek ini dipanggil kek sandwich? kerana kek ini berlapis seperti sandwich. Di antara lapisan kek tersebut juga disapukan dengan jem kegemaran. Biasanya jem strawberi. Kemudian bahagian atas kek ditabur dengan gula castor ataupun snow powder untuk dilihat lebih menarik.

Resepi Kek Sandwich yang Gebu dan Sedap

Kek ini biasa menjadi kegemaran setiap lapisan dari kanak-kanak hingga dewasa. Di sini saya kongsi resepi yang di gunakan turun temurun oleh keluarga saya. Lebih berjenama bahan-bahan yang digunakan lebih sedap sesuatu kek itu. Tidak mustahil kek ini dijual dengan harga yang mahal.

image 4
Resepi Kek Sandwich

Bahan-bahan

  • 250gm butter (saya guna jenama golden churn)
  • 1 cawan gula castor
  • 6 biji telur kuning
  • 6 biji telur putih
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil perasa rose
  • 1 sudu kecil golden syrup
  • 2 cawan tepung naik sendiri

Untuk Filling dan Hiasan*

  • jem strawberi
  • gula castor@ snow powder

Cara-cara

  1. Pukul butter bersama gula sehingga gebu @ bertukar berwarna kuning cair.
  2. Kemudian masukkan telur kuning, esen vanilla, perasa rose dan golden syrup ke dalam adunan butter dan gula yang telah gebu. Gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung naik sendiri yang sudah diayak ke dalam adunan.
  4. Apabila sudah sebati, letak ketepi dahulu adunan tersebut.
  5. Ambil putih telur dan putar menggunakan mesin pengadun sehingga kembang. Tanda telah kembang apabila anda terbalikkan adunan tersebut, adunan tersebut tidak jatuh.
  6. Apabila telah kembang, campurkan ke dalam adunan butter tadi. Campur adunan putih telur tersebut sedikit demi sedikit, kemudian adunan perlu di campur dengan cara kaup balik menggunakan spatula agar adunan sebati dengan sempurna.
  7. Apabila sudah sebati, masukkan ke dalam loyang 6 inci yang sudah dialas dengan kertas pembakar. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama rata.
  8. Bakar pada suhu 180’c selama 25 minit hingga 30 minit bergantung pada kapasiti oven masing-masing.
  9. Apabila sudah masak, sapu pada lapisan pertama dengan jem strawberi.
  10. Kemudian, tutup lapisan jem dengan kek yang satu lagi. Bahagian atas boleh ditabur dengan gula castor atau snow powder.
image 5
Resepi Kek Sandwich

Resepi ini juga saya gunakan untuk berniaga di musim perayaan. Saya halalkan resepi ini untuk dikongsi dan digunakan untuk berniaga.

Selamat mencuba!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati