Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Resepi Apam Gula Hangus Lembut dan Cair Dalam Mulut

Resepi Apam Gula Hangus

Kali ini, mari kita mencuba resepi kuih tradisional yang dikenali dengan resepi apam gula hangus, yang disediakan dengan menggunakan kaedah pengukusan. Bagi penggemar keenakan gula hangus, mari kita mencubanya kerana prosesnya tidak terlalu sukar.

Kuih ramai pengemarnya kerana tekstur yang lembut dan resepi yang sangat dihargai dalam kalangan generasi terdahulu. Yang penting ialah memahami teknik pembuatan sirap gula hangus yang tepat, kerana sirap ini memainkan peranan utama dalam menentukan rasa kuih kita. Selain itu, berikan perhatian kepada proses dan tips yang diberikan sepanjang proses penyediaan kuih ini.

Ikuti pelbagai menu menarik di telegram kami dengan tekan tombol dibawah:

Resepi Apam Gula Hangus – Asal Usul

Kuih Apam, juga dikenali sebagai ‘apom,’ adalah sejenis kuih tradisional yang sangat popular di Malaysia. Kuih Apam ini biasanya dibuat sebiji demi sebiji dan berwarna putih depend pada apam apa mahu dibuat. Kadang-kala, pewarna digunakan untuk mencipta variasi warna yang menarik pada Kuih Apam ini. Kuih Apam ini dikenali dengan tekstur yang gebu dan lembut.

Kuih Apam ini boleh dihidangkan dalam pelbagai cara, sama ada dengan parutan kelapa yang masih muda (‘nyiur kulit hidup’) atau dengan kuah berempah, terutamanya di Terengganu.

Bahan-Bahan Utama dan Resepi Asas

Proses penyediaan Kuih Apam ini melibatkan bahan utama seperti tepung beras, yis, air, dan gula. Campuran ini kemudian dimasukkan ke dalam acuan kuih kecil dan dikukus. Terkadang, Eno boleh dicampurkan untuk menambah kelembutan Kuih Apam, atau tapai digunakan untuk tujuan yang sama.

Bahan-bahan ini adalah asas utama dari hidangan dan perlu dipersiapkan terlebih dahulu. Tambahan pula, penyediaan bahan asas ini adalah langkah awal dalam menyediakan resepi apam gula hangus.

3 Jenis Resepi Apam Gula Hangus

Walaupun hidangan ini dibuat dengan pelbagai olahan yang menarik berdasarkan selera masing-masing. Oleh itu anda boleh pilih mana yang ringkas dan mudah bahan-bahan itu ada di rumah anda.

Berikut kami kongsikan resepi apam gula hangus yang mudah dan ringkas. Anda boleh mencuba salah satu versi resepi ini:

Resepi Pertama

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 sudu besar susu pekat

Cara Penyediaan:

  1. Sapu acuan dengan minyak dan ketepikan.
  2. Ayak tepung gandum dan baking soda kemudian ketepikan.
  3. Pecahkan telur.
  4. Masukkan gula pasir dalam kuali dan panaskan gula (jangan kacau sehingga gula jadi perang).
  5. Bila gula mulai menjadi keperangan, kacau sehingga gula larut, kemudian masukkan air panas. Biarkan gula larut dan sejukkan.
  6. Masukkan minyak jagung, majerin, telur, esen vanilla, dan susu pekat dalam food processor/blender. Kisar sehingga kembang putih (sekitar 30 saat – 1 minit). Masukkan sedikit garam (jika menggunakan mentega tak masin).
  7. Masukkan bahan yang diayak dan sirap gula hangus yang sudah sejuk. Adun sehingga sebati (anggaran 1 minit).
  8. Rehatkan adunan selama 30 minit – 1 jam.
  9. Tuangkan adunan dalam acuan.
  10. Panaskan periuk pengukus. Kukus selama 15-20 minit.

Tip :

  • Gunakan kuali berketebalan untuk mengelakkan gula hangus terlalu cepat dan memastikan pengedaran haba yang sekata.
  • Kacau gula dengan hujung senduk sedikit supaya gula tidak melekat dan mengeras.
  • Jangan tuangkan adunan terlalu penuh dalam acuan.
  • Jika menggunakan pengukus konvensional, balut penutup dengan kain.
apam gula hangus
Resepi Apam Gula Hangus

Resepi Kedua

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum

Cara Penyediaan:

  1. Hidangkan gula hangus dengan mencampurkan gula pasir dan air panas, kemudian sejukkan.
  2. Dalam blender, masukkan telur, susu, minyak, marjerin/butter, dan kisar selama kira-kira 3 minit.
  3. Tambahkan gula yang telah dihanguskan tadi bersama soda bikarbonat dan kisar sekali lagi.
  4. Akhir sekali, masukkan tepung dan kisar sehingga sebati.
  5. Kukus adunan dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Anda juga boleh menggunakan acuan mangkuk plastik kecil untuk kukus selama 15 minit sahaja.
  7. Jika adunan kelihatan cair, tambahkan sedikit tepung untuk mengelakkan apam daripada menjadi lembap di bahagian bawah.
apam gula hangus resipi foto utama
Resepi Apam Gula Hangus

Resepi Ketiga

Bahan-Bahan:

Bahan 1:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu marjerin

Cara Penyediaan Bahan 1:

  1. Mulakan dengan memasak gula pasir di atas api hingga ia menjadi gula hangus. Anda boleh melakukannya dalam kuali atau periuk.
  2. Teruskan memasak gula sehingga ia berubah warna menjadi keperangan seperti madu, seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
  3. Setelah gula telah menjadi gula hangus, tuangkan air panas dan kacau hingga gula larut sepenuhnya. Kemudian, tambahkan marjerin dan kacau hingga marjerin cair. Biarkan campuran ini sejuk.

Bahan 2:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum + 1 sudu lagi (untuk mengelakkan adunan terlalu cair)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu soda bikarbonat

Cara Penyediaan Bahan 2:

  1. Selepas campuran Bahan 1 telah sejuk, anda boleh bersedia untuk mengendalikan Bahan 2 seperti di atas.
  2. Campurkan Bahan 1 dengan Bahan 2, kemudian gunakan mesin pengisar untuk mengisar campuran ini.
  3. Setelah itu, masukkan adunan ke dalam acuan, tetapi pastikan untuk tidak mengisi hingga penuh kerana adunan akan mengembang hampir dua kali ganda.
  4. Akhir sekali, kukus adunan selama 15 minit.
FB IMG 1636529101817
Resepi Apam Gula Hangus

Resepi-resepi ini sangat mudah dibuat dan akan memberikan pelbagai citarasa apam gula hangus yang enak.

Semoga perkongsian kali ini berkaitan dengan resepi apam gula hangus dapat anda buatkan pada suami dan keluarga tercinta. Hidangkan apam ini pada waktu malam sambil luang waktu bersama, konfem akan mengeratkan lagi hubungan antara keluarga.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati