Bubur cha cha merupakan sejenis pencuci mulut dan hidangan sarapan pagi yang popular dalam masakan Malaysia. Mesti ramai nak tahu resepi bubur cha cha kan? Ikuti kami seterusnya bagi mengetahui resepi bubu cha cha paling sedap di alam semesta.
Ikuti pelbagai menu menarik di telegram kami dengan tekan tombol dibawah:
Pengenalan Bubur Cha Cha
Isi Kandungan
Bubur cha cha merupakan sejenis pencuci mulut dan hidangan sarapan pagi yang popular dalam masakan Malaysia dan Singapura. Hidangan ini disediakan dengan menggunakan bahan seperti sagu, ubi keledek, ubi keladi, pisang, kacang bintik hitam, santan, daun pandan, gula, dan garam.
Kelapa parut, krim kelapa, dan air juga boleh digunakan sebagai tambahan. Semua bahan ini dimasak dalam santan, dan bubur cha cha boleh dinikmati panas atau sejuk. Ia juga biasanya dijual sebagai makanan jalanan di beberapa kawasan di Pulau Pinang.
Bahan-Bahan Utama dan Resepi Asas
Langkah seterusnya adalah mengumpulkan bahan-bahan utama yang diperlukan. Bahan-bahan asas yang diperlukan dan disediakan dengan menggunakan bahan seperti sagu, ubi keledek, ubi keladi, pisang, kacang bintik hitam, santan, daun pandan, gula, dan garam. .
Bahan-bahan ini adalah asas utama dari hidangan dan perlu dipersiapkan terlebih dahulu. Tambahan pula, penyediaan bahan asas ini adalah langkah awal dalam menyediakan resepi bubur cha cha.
Resepi Bubur Cha Cha Paling Sedap
Berikut adalah resepi Bubur Cha Cha, hidangan pencuci mulut yang sangat lezat dan memukau. Ia sesuai disajikan untuk minum petang atau pada hari-hari perayaan. Memasak bubur cha cha ini sangat mudah, asalkan anda menggunakan santan segar sebagai bahan utama, ia pasti nikmat.
Mari kita lihat resepi yang paling mudah dan ringkas :
Bahan-bahan:
- 1 cawan cha cha kering (anggaran 140-150 gram)
- 2 mangkuk santan pekat
- 3 sudu besar sagu
- 1 helai daun pandan, dicarik dan diikat simpul
- 1 ketul kecil gula melaka
- 5-6 sudu besar gula Garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Rendam sagu sebentar, anggaran selama 10 minit.
- Rebus cha cha kering sehingga lembut, kemudian toskan airnya. Kemudian, bilas dengan air sejuk untuk menghentikan proses pemanasan.
- Campurkan santan, daun pandan, dan cha cha yang telah direbus tadi dalam periuk. Masak dengan api perlahan, dan kacau kerap untuk mengelakkan santan daripada menggumpal.
- Apabila mendidih, masukkan sagu, gula pasir, gula melaka, dan garam secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
- Teruskan mengacau sehingga bubur masak dengan baik. Angkat dan hidangkan.
Resepi ini berbeza sedikit daripada kebiasaaannya dibuat untuk pencuci mulut kerana ia menggunakan cha cha segera yang mudah didapati di kedai runcit. resepi kali ini lebih ringkas, hanya dengan cha cha kering dan sagu.
Resepi Bubur Cha Cha Simple
Bahan-bahan :
- 2 cawan cha cha
- 1 kotak santan
- 1 cawan sagu
- 2 helai daun pandan
- 5 sudu gula pasir
- 2 keping gula nise size kecil (gula melaka keping)
- secubit garam
- Air secukupnya
Cara Buat :
- Rebus cha cha bersama sagu dan simpuks sehingga masak.
- Toskan (buang air rebusan) dan gantikan dengan 1/2 kotak santan dan 2 cawan air.
- Masak di atas api sederhana sekejap sambil dikacau agar cha cha dan sagu tidak melekat.
- Sekarang masukkan gula nise, gula pasir dan secubit garam
Resepi Bubur Cha Cha Hanya 5 Bahan Saja
Bahan-bahan :
- 1 paket cha cha – dapatkan
- 1 tin susu cair
- 1 sudu teh garam
- Gula ikut selera
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- Daun pandan
Cara Buat :
- Rebus cha cha, masukkan daun pandan. Rebus sehingga lembut dan kenyal-kenyal. Jangan terlebih nanti jadi lembik.
- Masa rebus boleh masukkan sekali garam dan gula.
- Sudah lembut boleh curahkan susu cair dan masukkan esen vanilla.
- Kemudian, masukkan air dalam 2 cawan kalau tak nak pekat sangat.
- Kacau sehingga sebati, mendidih sekali. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Nota : Pastikan anda mengikuti resepi dengan teliti dan selamat mencuba hidangan ini.
Campuran Buah Dalam Resepi Bubur Cha Cha
Berikut jenis buah sedap dimasukkan bersama bubur cha cha:
Campuran dengan Bubur Cha Cha |
---|
Bubur cha cha + pisang |
Bubur cha cha + keledek |
Bubur cha cha + jagung |
Bubur cha cha + nangka |
Bubur cha cha + nyonya |
Resepi Bubur Cha Cha Sedap Dibuat Waktu Petang
Resepi Bubur Cha Cha adalah pilihan yang menyegarkan dan lazat untuk pada setiap waktu dan paling sedap waktu petang ditambah dengan hujan lalu dimakan dengan panas-panas.
Anda boleh menjadikannya sebagai hidangan pembuka selera atau sebagai pencuci mulut yang segar bersama keluarga atau rakan-rakan. Hidangan ini juga dapat disesuaikan mengikut citarasa peribadi anda. Jadi, jom mencuba resepi ini dan berkongsi kegembiraan dengan sesiapa yang tersayang. Selamat menikmati resepi bubur cha cha yang lazat ini!