Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN RUMAH IKRAM TAHUN 2022 l RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT B40

rumah ikram kpkt

Panduan Permohonan Bantuan Rumah IKRAM Tahun 2022 l Rumah Mampu Milik Bagi Rakyat B40. Untuk makluman kepada rakyat Malaysia, terdapat salah satu inisiatif khas kepada rakyat telah diperkenalkan oleh Pihak Kerajaan bagi membantu golongan yang masih belum memiliki kediaman rumah semisalnya kepada mereka yang baru mendirikan rumah tangga dan sedang mencari rumah sendiri iaitu menerusi Program perumahan RUMAH IKRAM KPKT yang merupakan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia bagi tahun 2022.

Bantuan Rumah IKRAM Tahun 2022 l Rumah Mampu Milik Bagi Rakyat B40

Apakah Itu Rumah IKRAM KPKT?

Ia merupakan  program yang diperkenalkan dari hasil usaha pihak Kerajaan dalam membantu penyediaan kediaman  yang selamat dan selesa khusus kepada Keluarga Malaysia pada tahun ini yang terkesan disebabkan pendemik yang melanda dan kehilangan tempat tinggal.Program Rumah IKRAM ini akan membantu meringankan beban untuk tujuan kelansungan hidup dan beberapa faktor lain iaitu seperti kehilangan pekerjaan dan tidak cukup pendapatan untuk membayar sewa rumah yang tinggi.

Apakah Tujuan Program Rumah IKRAM?

Tujuan utama Program yang diperkenalkan oleh kerajaan, Rumah IKRAM KPKT dilaksanakan adalah seperti berikut :

  1. Untuk menyediakan kemudahan inisiatif melalui sewaan percuma selama 6 bulan pertama dalam masa yang sama mengurangkan beban kewangan yang ditanggung keluarga Malaysia pada tahun ini.
  2. Dapat memberikan pelindungan kediaman melalui penyediaan kediaman yang selamat dan selesa kepada keluarga Malaysia yang telah kehilangan tempat tinggal akibat pendemik Covid-19.
  3. Membantu pasangan muda yang berkahwin untuk mendapatkan keperluan tempat tinggal dan dalam masa yang sama akan memudahkan dan menyokong kelansungan hidup pasangan muda.

Apakah Syarat Kelayakan Permohonan Rumah IKRAM?

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  1. Terbuka kepada golongan B40 dan keluarga Malaysia
  2. Individu / Pemohon wajib berumur 18 tahun dan ke atas semas permohonan
  3. Pemohon dan pasangan wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  4. Individu yang tidak memilik rumah, tempoh sewaan telah ditamatkan oleh tuan rumah dan sebagainya
  5. Pendapatan isi rumah semasa bulanan RM 3,000 dan ke bawah

Permohonan Bantuan Rumah IKRAM Tahun 2022 l Rumah Mampu Milik Bagi Rakyat B40

Bagaimanakah Cara Mohon Rumah IKRAM?

Jika anda memenuhi syarat kelayakan seperti diatas, anda boleh membuat permohonan secara online (Atas talian). Sila layari Portal Rasmi Rumah IKRAM KPKT –

Permohonan Rumah Ikram Tahun 2022

Sila ikuti panduan permohonan di laman berikut dan sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan proses permohonan.

mohon rumah ikram

Berapakah Kadar Sewaan Bulanan Rumah IKRAM?

Kadar sewaan bulanan Rumah IKRAM KPKT adalah seperti di bawah :

  1. Sewaan serendah RM 124 sebulan.
  2. Tempoh sewaan sehingga 24 bulan / 2 tahun.

Dimanakah Boleh Saya Tahu Senarai Projek Rumah IKRAM Yang Dilaksanakan?

Di bawah berikut telah disediakan senarai projek-projek perumahan PPR Rumah IKRAM KPKT yang diperkenalkan :

  1. PPR Kota Setar – Kedah
  2. PPR Aman Jaya – Kedah
  3. PPR Sinar Intan – Kedah
  4. PPR Lembah Subang 2 – Selangor
  5. PPR Sentul Murni – Kuala Lumpur
  6. PPR Gua Musang – Kelantan
  7. PPR Kota Bharu – Kelantan
  8. PPR Sungai Melana 2 – Johor

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan Rumah IKRAM KPKT ini, anda boleh terus hubungi talian khas Jabatan Perumahan Negara di – 03 8891 4475 atau secara e-mel ke alamat [email protected].

Rumah Rakyat, Untuk Rakyat

Tahun 2022, telah terdapat pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai program-program bantuan yang ada khususnya berbentuk kewangan yang ada pada tahun ini bagi mereka yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – Permohonan Bantuan Dan Jawatan Kosong

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati