Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Pendaftaran Tingkatan 6 2022

pendaftaran tingkatan 6 2022

Pendaftaran Tingkatan 6 2022 ini adalah daripada hebahan Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya bagi pelajar lepasan SPM 2021.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 akan diumumkan pada 7 Julai 2022.

Murid lepasan SPM tahun 2021 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 melalui kaedah berikut:

Kaedah Pendaftaran Tingkatan 6

  1. secara dalam talian menerusi Aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam melalui pautan INI
  2. murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak mempunyai capaian internet boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.

Rayuan

Murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan INI mulai 7 hingga 24 Julai 2022.

Bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing.

Keputusan Permohonan Rayuan

Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama.

Murid yang tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.

Pendaftaran

Murid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran.

Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos 2022.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian pada kali ini Pendaftaran Tingkatan 6 2022 memberikan informasi kepada semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline bagi mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati