Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Terkini: Permohonan iSejahtera Bantuan RM200 Untuk B40 Official Tahun 2022

ISEJAHTERA

iSejahtera Bantuan RM200 Untuk B40 Tahun 2022. Bantuan kerajaan sudah banyak diwujudkan demi untuk membantu pelbagai golongan rakyat. Melalui bantuan iSejahtera ,ia merupakan sebuah sistem yang dibangunkan untuk melancarkan pengurusan penyaluran pelbagai bantuan kebajikan dan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang.

Di zaman yang moden ini, kerajaan pulau pinang telah mengambil langkah kehadapan dengan menubuhkan sistem isejahtera yang dijangka akan membantu memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan kepada rakyat.

iSejahtera Bantuan RM200 Untuk B40 Tahun 2022

Sebagai langkah untuk penyaluran bantuan yang lebih teratur akan dimulai dengan pelbagai peringkat program. Antara program pertama dalam sistem ini adalah Program Penghargaan Warga Emas dan akan diperluaskan lagi untuk program kebajikan seperti

  1. Program Ibu Tunggal
  2. Program OKU
  3. Program Anak Emas
  4. Program Pelajar Emas
  5. Program Ibu Emas
  6. Program Bantuan One-Off

Sistem ini boleh digunakan oleh orang awam,Pusat Khidmat (KADUN) dan Parlimen,Pejabat Masyarakat Penyayang, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM dan PKMD) bagi memudahkan urusan yang melibatkan permohonan, pendaftaran, pengemaskinian, pengesahan permohonan, dan pengurusan pembayaran. Selain itu, sistem ini juga akan diperluas lagi untuk sebarang program-program kebajikan negeri pada masa yang akan datang.

Apakah Bantuan iSejahtera Bantuan RM200 Yang Boleh Dimohon?

Bantuan iSejahtera yang boleh dimohon untuk tahun 2022 adalah seperti berikut:

  1. Program Warga Emas
  2. Program Bantuan Ibu Tunggal
  3. Program Kemiskinan AES
  4. Program Bantuan OKU
  5. Program Anak Emas
  6. Program Ibu Emas

Berapa Kadar Jumlah iSejahtera Bantuan RM200 ?

Berikut adalah jumlah bantuan yang diterima oleh setiap pemohon yang layak:

Bayaran 1 Kali Setahun:

  1. Program penghargaan Warga Emas: RM150
  2. Program Bantuan Ibu Tunggal: RM100
  3. Program Ibu Emas: RM100
  4. Program Bantuan OKU: RM150

Bayaran Sekali Secara One-Off:

  1. Program Anak Emas: RM200
  2. Khairat Kematian: Rm1,000

Permohonan iSejahtera Bantuan RM200 Bagi Tahun 2022

Bagaimanakah Cara Membuat Pendaftaran i-Sejahtera?

Untuk pengetahuan semua,Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian ataupun secara manual. Berikut dikongsikan cara untuk membuat pendaftaran:

  1. Pendaftaran secara online boleh melayari laman web rasmi iSejahtera di isejahtera
  2. Pendaftaran secara manual boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan iSejahtera Bantuan RM200

Berikut dikongsikan senarai dokumen sokongan yang diperlukan ketika membuat pendaftaran:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan / sijil kelahiran salah seorang anak
  3. Salinan kad pengenalan waris / penerima khairat
  4. Salinan sijil kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan
  5. Salinan muka depan buku bank / penyata bank / cetakan pengesahan akaun / penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon
  6. Salinan semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) – Untuk semakan boleh pergi ke Myprsemak

Bagaimanakah Cara Semakan Status Permohonan i-Sejahtera?

Untuk pengetahuan semua, Cara Semakan status pendaftaran boleh dibuat melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699 / 5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing

iSejahtera Alternatif Permohonan Bantuan Kepada Rakyat

Melalui sistem isejahtera rakyat pulau pinang dapat menyatakan keperluan mereka untuk menerima bantuan daripada kerajaan. Rakyat boleh memohon samaada diatas talian atau secara manual di pejabat berkait. Kerajaan Pulau Pinang dilihat sentiasa mencari peluang dan ruang untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati