Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bajet 2022 : Bantuan Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) Sehingga RM150,000!

dananita 2022

Bajet 2022 : Bantuan Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) Sehingga RM150,000 . Kerajaan Malaysia melalui pembentangan bajet 2022 telah memperuntukkan bajet bagi memperkasakan ekonomi wanita iaitu melalui bantuan skim pembiayaan perniagaan khas wanita (DanaNITA). Program tersebut adalah untuk membantu dan dalam masa yang sama memupuk usahawan wanita untuk terus bergerak dalam industri perniagaan dan memastikan usahawan wanita yang terjejas dibantu.

Bantuan skim pembiayaan perniagaan khas wanita (DanaNITA) adalah disarankan kepada mereka yang bergelar usahawan mengambil inisiatif yang kerajaan Malaysia sediakan melalui peruntukan bajet tahun 2022.

Bantuan Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) Tahun 2022

Apakah itu DanaNITA?

    • DanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan yang khusus kepada usahawan wanita Bumiputera sahaja bagi tujuan mengembangkan perniagaan
    • Ia bertujuan untuk memperhebatkan dan memupuk penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.
    • Permohonan DanaNITA telah dibuka sehingga 31 Disember 2022

PERKARA

PENERAGAN

SKOP PEMBIAYAAN

Modal Pusingan

Pembelian Mesin dan Peralatan

MODAL PUSINGAN

RM150,000

PEMBELIAN MESIN DAN PERALATAN

1-10 tahun (12-120 bulan)

HAD PEMBIAYAAN

·
Dikecualikan bagi
pembiayaan RM50,000 ke bawah

·
Pembiayaan RM50,001
hingga RM150,000:

  1. Jaminan:Seorang penjamin atau lebih
    yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang
    dipohon; atau
  2. Cagaran:Cagaran tanah dengan Nilai
    Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10%
    daripada jumlah yang dipohon; atau
  3. Gabungan
    kedua-duanya sekali
    ; atau
  4. Simpanan
    Tetap
    : Simpanan
    Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang
    berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan

KADAR KEUNTUNGAN

3.5%

Apakah Syarat Kelayakan DanaNITA?

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan DanaNITA:

  1. Warganegara dan Bumiputera
  2. Berumur 18-60 tahun
  3. Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  4. Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  5. Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
  6. Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  7. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  8. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  9. Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
  10. Perniagaan patuh Syariah
  11. Bebas dari senarai hitam MARA

Syarat-Syarat Pendaftaran dan Permohonan Pembiayaan :

  1. No. KP dan nama PEMILIK PERNIAGAAN bagi perniagaan MILIKAN TUNGGAL
  2. No. KP dan nama SALAH SEORANG RAKAN KONGSI bagi perniagaan PERKONGSIAN atau PERKONGSIAN LIABITI TERHAD (PLT)
  3. No. KP dan nama AHLI LEMBAGA PENGARAH YANG DIBERI KUASA untuk memohon dan menerima pembiayaan berdasarkan resolusi syarikat bagi SYARIKAT SDN. BHD
  4. Semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (pembiayaan PRiN dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.

Bagaimanakah saya boleh memohon untuk DanaNITA?

Permohonan secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.

Permohonan Bantuan Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) Tahun 2022

Pemohon dari kalangan usahawan wanita yang berminat untuk mendapatkan bantuan pembiayaan Dananita adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan. Permohonan Dananita boleh dilakukan samaada secara manual atau atas talian di Portal MyUsahawan 

Cara Membuat Permohonan bantuan Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)

Berikut merupakan cara membuat permohonan pembiayaan Dananita:

  1. Pergi ke laman web Portal MyUsahawan
  2. Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA
  3. Daftar dan Mohon DanaNITA MARA di Dananita MARA
  4. Sediakan dokumen mengikut Senarai Semak berikut: Senarai Semak Pembiayaan
  5. Hantar permohonan.

Status permohonan boleh disemak secara atas talian melalui sistem yang sama atau menghubungi Pejabat MARA Daerah (PMD) melalui emel atau telefon.

Sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai pembiayaan DanaNITA,anda boleh rujuk seperti dibawah:

Direktori Telefon Pejabat MARA Negeri/ Daerah

Skim Pembiayaan DanaNITA Membantu Kelansungan Perniagaan Usahawan Wanita

Kerajaan Malaysia sentiasa komited membantu memudahkan dan meringankan bebanan rakyat. Melalui inisiatif bantuan pembiayaan DanaNITA akan merancakkan urusan perniagaan usahawan wanita. DanaNITA juga membantu perniagaan mereka yang terjejas akibat pandemik COVID19.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati