Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Blazer Bersama Baju Kurung Semasa Bekerja 8 jam, Penjawat Awam Wanita Perlu Berhati-hati

Penjawat Awam Wanita Perlu Berhati-hati Agar Tidak Memakai Blazer Bersama Baju Kurung Semasa Bekerja
Blazer Bersama Baju Kurung

Benarkah penjawat awam wanita tidak dibenarkan memakai blazer bersama baju kurung?Sepertinya ramai yang tidak tahu bahawa pemakaian blazer bersama baju kurung bagi penjawat awam wanita adalah tidak tepat. Blazer yang dipakai dengan niat agar si pemakai tampil lebih profesional dan kemas akhirnya bertukar menjadi satu pandangan sinis. Hal ini kerana ianya telah menggambarkan si pemakai tidak tahu etika pemakaian yang betul dan mungkin kurang cakna tentang kod berpakaian formal.

Kenapa ini terjadi? Sebenarnya ada sebab khas kenapa pemakaian baju kurung bersama blazer ini dilihat sebagai tidak tepat. Kombinasi blazer dengan baju kurung atau pakaian tradisional lainnya berjaya menimbulkan keraguan ramai pihak kerana pakaian tradisional seperti baju kurung ini dilihat sebagai 1 pakaian lengkap yang tidak perlu ada lagi pakaian tambahan yang boleh dipakai bersama-samanya.

Penjawat Awam Wanita Perlu Berhati-hati Agar Tidak Memakai Blazer Bersama Baju Kurung Semasa Bekerja

Blazer atau kot ialah sejenis pakaian luar yang biasanya dipakai dalam situasi semi-formal atau formal yang lebih santai. Ia merupakan sejenis jaket yang mempunyai potongan lebih kemas dan dipakai di atas baju lengan panjang seperti kemeja atau blaus. Blazer sering dipakai dalam pelbagai acara dan majlis seperti pertemuan perniagaan, majlis rasmi, atau acara sosial tertentu.

Ciri-ciri blazer termasuklah:

  1. Potongan dan Rekaan: Biasanya blazer mempunyai potongan yang lebih berstruktur dan kemas berbanding jaket kasual. Ia mempunyai lekuk yang jelas pada bahagian dada dan pinggang, memberi siluet yang lebih ramping.
  2. Warna dan Bahan: Blazer datang dalam pelbagai warna dan bahan, tetapi warna solid seperti hitam, kelabu, biru gelap, atau coklat adalah yang paling umum. Bahan yang biasa digunakan termasuk wool, kapas, dan bahan campuran berkualiti tinggi.
  3. Perincian: Sesetengah blazer mempunyai perincian seperti butang logam pada pergelangan tangan, poket di bahagian hadapan, dan potongan pada pinggang untuk memberikan kesan yang lebih kemas.
  4. Padanan dan Gaya Keseluruhan: Biasanya blazer dipakai dengan seluar panjang, sering kali dalam warna dan bahan yang serasi. Ia juga boleh dipadankan dengan skirt dalam situasi tertentu.

Blazer memberikan gaya yang lebih formal daripada jaket biasa, tetapi lebih santai daripada set pakaian jas formal. Ia boleh menyumbang kepada penampilan yang kemas dan profesional, sambil tetap memberikan sentuhan gaya peribadi. Blazer dapat menjadi komponen penting dalam pelbagai pilihan pakaian, membantu mencipta penampilan yang sesuai untuk pelbagai acara dan situasi.

Ketahui Pemilihan, Cara Pemakaian dan Beberapa Perkara Penting Mengenai Blazer

Sebelum kita pergi kepada info yang agak kontroversi, mari kita betulkan beberapa asas pemakaian blazer yang mungkin ramai tidak tahu. Antaranya ialah :

#1 Ketahui Bilangan Butang dan Tahap Formal Pemakaian

Pernah dengar bilangan butang blazer memberi maksud tahap formal yang berbeza? Ini secara ringkasnya yang dapat admin kongsikan.

formal kot
Image Source : mallareddyecw dot com

Jadi ingatlah, jika ada yang memakai blazer tanpa butang semasa majlis rasmi atau majlis formal maka ketahuilah anda sebenarnya perlu memakai blazer lain yang lebih tepat. Mungkin blazer yang tiada butang boleh buat pergi jalan-jalan sahaja.

#2 Butang Paling Bawah Sentiasa di Buka

Selain membawa maksud tahap formal majlis, ada satu lagi perkara yang kita perlu ketahui mengenai butang. Syarat ini terpakai kepada semua jenis blazer kecuali yang hanya mempunyai 1 butang sahaja.

etika pemakaian kot mengikut bilangan butang
Image source: https://www.realmenrealstyle.com/suit-button-rules/

Ingat, lepas ini jangan bila ada majlis rasmi sahaja terus tiga-tiga butang blazer kita kancingkan. Biarkan butang yang paling bawah itu dibuka.

#3 Bahagian Bahu Mestillah “Perfectly Fit” Untuk Tampil Kemas

Seterusnya pula mengenai labuh bahu. Pastikan bahu blazer betul-betul terletak pada bahu anda. Jangan terlebih dan jangan terangkat.

lengan bahu fit kot
Source image: https://www.aristocracy.london/11-unspoken-suit-rules-for-the-modern-gentleman/

#4 Labuh Lengan yang Tepat

Sekali pandang biasanya akan terus perasan sama ada blazer itu saiznya tepat atau tidak dengan anda. Caranya mudah sahaja iaitu hanya berpandukan pada lengan baju yang anda pakai. Jika terlalu singkat atau terlalu labuh, ianya mencerminkan anda memilih baju blazer yang tepat atau tidak.

lengan kot yang sesuai
Image Source : https://www.mensxp.com/fashion/style-guide/29412-22-important-style-rules-you-need-to-know-about-suits.html

#5 : Buka Butang Ketika Anda Duduk

Ini satu lagi ilmu yang sangat bermanfaat. Pastikan bila anda duduk, butang baju blazer anda semua dibuka dan duduklah dengan selesa. Jika perlu bergerak dan bangun, segeralah pakai semula butang tersebut.

buka butang ketika duduk
Image Source : https://www.wonderwardrobes.com/

Baiklah itu sahaja yang ingin dikongsikan mengenai ilmu pemakaian blazer. Isu seterusnya yang paling ditunggu-tunggu ialah mengenai pemakaian blazer bagi kaum hawa iaitu bolehkah blazer dipakai bersama dengan baju kurung?

Perkongsian Ringkas Oleh Rudy Ludinata Mengenai Isu Blazer Bersama Baju Kurung Semasa Bekerja

Sebelum ini, beliau ada berkongsikan 1 soalan yang kerap ditanya oleh pensyarah dan guru mengenai perkara ini. Jadi ini admin kongsikan hantaran beliau di facebook.

Saya pernah ditanya oleh pensyarah dan guru mengenai pemakaian baju kurung yang dipadankan dengan jaket/blazer ketika menghadiri mesyuarat, pembentangan dan majlis rasmi yang lain.

Sebenarnya, cara pemakaian campuran yang sedemikian perlu dielakkan. Pilih satu sahaja gaya pemakaian, sama ada untuk memilih gaya pemakaian timur atau barat.

“Tapi, aircond pejabat ni sejuk sangatlah, tuan”

Baik, jika ia dipakai ketika bekerja di kubikal atau meja sendiri masih boleh dibenarkan. Namun, untuk acara rasmi, ia boleh digantikan dengan selendang yang sesuai. Namun ia bukanlah satu perkara yang wajib dan hanya sebagai alternatif. Baju kurung sebenarnya sudah boleh berdiri sendiri.

Selendang yang bagaimana ya? Tanpa corak atau corak geometrik/abstrak dengan warna yang kurang terang sangat digalakkan. Nah! Mantap sudah penampilan cik puan sekalian.

Er… kalau pergi temuduga kerja pun elakkan tau cik puan.

foto kredit Lady Sofea Gallery
Blazer Bersama Baju Kurung Semasa Bekerja

Sejauh Mana Kebenaran dan Ketegasan Arahan Ini?

Kami mendapat maklum Blazer Bersama Baju Kurung Semasa Bekerja terlalu banyak kekeliruan mengenai isu ini. Benarkah ianya salah? Adakah pemakai layak dikenakan apa-apa tindakan? Atau adakah ianya hanya mengenai etika? Malah adakah benar etika pemakaian sebegini salah?

Baju Kurung Sudah Formal & Lengkap

Ramai yang berpendapat pemakaian baju kurung itu sendiri sudah lengkap dan tidak lagi perlu ditambah apa-apa aksesori tambahan lain termasuklah blazer atau kot. Soalannya, adakah jika sebab ianya sudah formal, maka ianya tidak sesuai dipakai bersama blazer?

Pada pendapat admin, walaupun baju kurung sudah formal dan mampu berdiri sendiri tanpa aksesori lain namun jika ianya boleh menjadikan si pemakai lebih yakin dan selesa kenapa tidak?

Keselesaan Bergantung kepada Cuaca

Bercakap mengenai keselesaan, pastinya kita mengetahui pemakaian blazer di negara kita adalah hanya untuk majlis rasmi dan formal sahaja. Hal ini kerana cuaca di Malaysia yang beriklim tropika menyebabkan suhu tinggi dan badan mudah berpeluh.

Lain pula di negara yang beriklim sejuk, mereka menjadikan budaya pemakaian blazer atau kot atau suit ini sebagai satu perkara normalisasi sahaja. Tapi tidak di negara kita. Jika mahu pakai, pastinya bilik perlu berhawa dingin jika tidak si pemakai pasti tidak dapat bertahan lama.

Oleh sebab itu, jika bercakap mengenai keselesaan pemakaian di sebabkan cuaca maka pemakaian baju kurung bersama blazer mungkin menyebabkan ada sesetengah orang tidak selesa jika perlu menyertai majlis atau program dibawah panas terik matahari. Jadi lebih baik jangan pakai blazer walaupun mungkin menjadikan si pemakain ayu sopan dan manis dipandang.

Sopan dan Menutup Aurat

Sudah semestinya jika si pemakai menjadikan alasan untuk kelihatan sopan maka memakai baju kurung bersama blazer adalah satu keperluan tambahan. Namun amatlah jarang kita lihat baju kurung yang ketat dipakai oleh penjawat awam manita, tetapi jika ada maka memilih untuk menyarung blazer adalah jalan selamat yang terbaik untuk menutup aurat.

Soalan adakah ianya melanggar etika berpakaian? Rasanya soalan itu belum benar-benar dapat dijawab dengan sempurna. Setakat hasil carian yang admin dapat kongsikan kembali kepada pembaca sekalian isu ini masih dilihat tergantung dan terbuka untuk di bincangkan.

Adakah Salah Jika Memakai Baju Kurung Bersama Blazer Semasa Bekerja atau Majlis Rasmi/ Formal?

Masih terbuka untuk dibincangkan. Itu jawapan ringkas yang dapat dikongsikan. Walaupun ada pihak melarang atau tidak bersetuju pemakaian baju kurung bersama-sama blazer ini namun kita tetapi menghormati pandangan penjawat awam sekalian yang memilih cara pemakaian ini sesuai untuk diteruskan.

Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Mungkin kita perlu semak balik etika pemakaian mengenai isu ini. Jika benar ianya masih belum ada kod etika, maka pihak kerajaan boleh bincangkan isu ini dan keluarkan pekeliling khas untuk menjawab soalan panas ini supaya tidak ada lagi keraguan antara penjawat awam semua.

Untuk pengetahuan semua, ada profesion di Malaysia yang mewajibkan pemakaian blazer kepada penjawat awam wanita. Siapa tahu apakah profesion itu dan bila mereka diwajibkan memakai blazer?

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati