Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

CARA DAPATKAN BANTUAN KERAJAAN SEBANYAK RM480 SETAHUN UNTUK ISTERI/SURIRUMAH l PARA SUAMI WAJIB AMBIL TAHU

RM480
RM480

Cara Dapatkan Bantuan Kewangan Sebanyak RM480 Setahun Untuk Isteri/Surirumah, Para Suami Diminta Ambil Perhatian. Kerajaan Malaysia sentiasa memberi yang terbaik untuk pasangan suami isteri di Malaysia. Dengan idea program tahun 2022, selaras dengan slogan “Keluarga Malaysia” kerajaan terus memastikan inisiatif yang terbaru dan membantu kepada rakyat Malaysia.

Antara inisiatif kerajaan kepada pasangan suami isteri juga termasuk dalam inisiatif utama kerajaan. Melalui Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP tahun 2022,Golongan isteri/suri rumah kini boleh menerima bantuan kerajaan sebanyak RM480 setahun. Kepada para suami diluar sana, diminta untuk ambil perhatian untuk masa hadapan isteri.

Insentif i-Suri KWSP : Isteri/Surirumah Terima Sumbangan Kerajaan Sebanyak RM480 Setahun

Apakah Itu Insentif i-Suri KWSP?

Insentif i-Suri merupakan program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP. Merupakan skim bantuan bersasar bagi menggalakkan rakyat mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami, suami hilang upaya dan lain-lain.

Siapakah Yang Boleh Mencarum i-Suri KWSP?

Mereka yang layak mencarum i-Suri KWSP ialah Suami kepada pasangan yang layak dan diri sendiri (isteri)

Apakah Syarat Kelayakan Mencarum i-Suri KWSP?

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan mencarum i-Suri KWSP:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Belum mencapai umur 60 tahun
  3. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) setakat 30 November 2019
  4. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  5. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

Suri rumah hanya dibenarkan untuk memilih satu (1) insentif sahaja dalam satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), jadi anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi skim i-Suri KWSP.

Apakah Faedah i-Suri KWSP?

Berikut merupakan faedah i-Suri KWSP yang akan diterima oleh pencarum:

  1. Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200 pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya
  2. Caruman boleh dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka sendiri dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
  3. Pencarum akan menerima dividen tahunan KWSP
  4. Bantuan Kematian: RM2,500
  5. Bantuan hilang upaya

Cara Pendaftaran i-Suri KWSP

Pendaftaran i-Suri KWSP adalah berdasarkan kumpulan sasar yang berkelayakan dan tersenarai di dalam senarai eKasih sehingga 30 Jun 2018. Untuk pengetahuan semua,pendaftaran sebagai ahli KWSP dan permohonan Skim i-SURI boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP seluruh Malaysia.

Kepada isteri atau suri rumah, anda boleh membuat pendaftaran i-Suri KWSP. Anda perlulah menyediakan dokumen yang akan diminta. Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah:

  • Kad pengenalan anda
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh merujuk terus ke:

SKIM I-SURI KWSP

Telefon : 03 – 8922 6000

Faks :03 – 8922 6222

Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

Kasih I-Suri,Tanggungjawab Suami Untuk Isteri

Melalui caruman di KWSP oleh suami akan memberi manfaat kepada isteri yang menjadi suri rumah. Skim ini sebaiknya dicarum di awal, terutama khas kepada pasangan muda yang baru  berkahwin. Sebaiknya mendaftarkan isteri masing-masing dibawah program Skim KWSP ini untuk menerima bantuan RM480 setahun. Ayuh suami perkasakan kehidupan isteri anda.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati