Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR (BINGKAS Bantuan Rakyat): BANTUAN RM300 SEBULAN SELAMA SETAHUN

BINGKAS Bantuan Rakyat
BINGKAS Bantuan Rakyat

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS Bantuan Rakyat) : Bantuan RM300 Sebulan Selama Setahun. Untuk makluman kepada semua, bagi tahun 2022 ini,  Kerajaan Selangor akan  melancarkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

Ia merupakan perancangan program baharu kerajaan Selangor yang memberikan bantuan sebanyak RM3,600 setahun ataupun RM300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak pasca COVID-19 sebagai inisiatif bantuan kerajaan menghadapi kos sara hidup dan bebanan yang ditanggung.

Program BINGKAS ini boleh digunakan untuk pelbagai manfaat hidup rakyat Selangor seperti membeli barangan keperluan rumah, membuat pembayaran yuran dan juga menyediakan pendidikan anak-anak dengan secukupnya serta dapat menyara keperluan hidup hari demi hari.

Program BINGKAS oleh Kerajaan Selangor ini menampakkan keprihatinan kerajaan terhadap kesusahan rakyat Selangor yang terjejas kerana pandemik COVID19 sebelum ini. Ini akan memberi kelegaan dan kesenangan kepada rakyat Selangor.

BINGKAS Bantuan Rakyat 2
BINGKAS Bantuan Rakyat

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS Bantuan Rakyat) : Bantuan RM300/12 Bulan

Kerajaan Selangor di dalam bajet 2022 akan memperuntukkan sejumlah RM3,600 setahun atau RM300 sebulan kepada keluarga termasuk ibu tunggal juga yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) di bawah inisiatif baharu yang dilaksanakan di bawah program BINGKAS.

bingkas selangor

Datuk Seri Amirudin Shari ,Menteri Besar Selangor berkata, kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 30,000 keluarga di Selangor akan menerima manfaat dan kemudahan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dengan peruntukan berjumlah RM108 juta dan jangkaan sebanyak 180,000 penerima manfaat.

Berapakah Kadar Bantuan?

Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah sebanyak RM300 sebulan selama 12 bulan, iaitu berjumlah RM3,600.

Pemohon yang berkelayakan dialu-alukan membuat permohonan program BINGKAS ini adalah kerana Kerajaan Selangor mensasarkan golongan yang menepati syarat-syarat kelayakan yang akan dibantu. Rujuk syarat kelayakan dibawah.

Apakah Syarat Kelayakan?

Bantuan ini diperuntukkan untuk:

  • keluarga
  • ibu tunggal,
  • termasuk yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) sebelum ini.

Melalui program BINGKAS, bukan sahaja ibu miskin yang akan mendapatkan bantuan tetapi ia merangkumi golongan keluarga-keluarga miskin lain yang tercicir sebelum ini akan boleh dirangkumi sekali, bukan sahaja 21,000 orang penerima sedia ada di dalam program KISS yang akan menikmati manfaat daripada BINGKAS tetapi akan ada tambahan sebanyak 9000 kuota di bawah program BINGKAS. Pogram BINGKAS juga telah membenarkan permohonan baru supaya tiada yang tercicir.

Syarat kelayakan lanjut akan diperincikan dan diumumkan dalam masa terdekat.

Bagaimanakah Cara Permohonan Program Bingkas Boleh Dibuat?

Untuk waktu ini, setakat ini permohonan akan dibuka bila pengumuman terbaru daripada kerajaan Selangor. Pengumuman akan dibuat dalam masa yang terdekat berdasarkan peruntukan bajet 2022 Kerajaan Selangor.

Sila ikut laman web rasmi yang Kerajaan Selangor sediakan khas untuk memohon bantuan bagi mereka yang memerlukan.  Anda boleh membuat semakan permohonan masa akan datang secara atas talian di laman web kiss.com.my 

Apa Lagi Bantuan Yang di Sediakan Oleh Kerajaan Bagi Membantu Rakyat Terutama Golongan Yang Memerlukan?

Untuk pengetahuan semua, ada banyak lagi permohonan bantuan dari kerajaan yang anda boleh mohon bagi tahun 2022 ini. Disini kami lampirkan beberapa bantuan yang anda boleh mohon :

  • Bantuan kerajaan sediakan kepada lepasan pelajar sekolah dan graduan. Anak muda layak untuk memohon. Anda boleh buat permohonan di: Bantuan Elaun RM300 kepada pelajar
  • Kerajaan telah buat satu inisiatif untuk mereka yang mencari kerja. Anak muda atau mereka yang sedang mencari pekerjaan wajar untuk memohon kemudahan kerajaan sediakan. Boleh mohon di : Bantuan elaun cari kerja
  • Khas buat penggemar beli di shopee, kerajaan telah melaksanakan program pemberian baucar kepada pembeli shopee, anda boleh claim baucar di shopee! Sila claim baucar anda sekarang: Bantuan baucar shopee 2022
  • Kerajaan telah mengumumkan bantuan berbentuk e-wallet.Tebus e-wallet anda sekarang! : Bantuan e-wallet RM150
  • Anda ingin membina sebuah rumah? tetapi kurang bajet? Berita gembira kepada anda! kerajaan telah membuka permohonan Bantuan Bina Rumah Mesra Rakyat (RMR) mohon segera, ini adalah kemudahan kerajaan kepada rakyat Malaysia.

“Bantuan Bingkas, Tanda Keprihatinan Kerajaan Selangor”

Kerajaan Selangor sentiasa komited dan cemerlang dalam memahami situasi yang dihadapi oleh rakyat. Rakyat Selangor yang terjejas boleh memohon bantuan daripada Kerajaan Selangor, terdapat pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan Selangor bagi membantu mereka yang terjejas dan memerlukan bantuan.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati