Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan RM1000 Bagi Pasangan Pendapatan Bawah RM5,000. Senarai Inisiatif Bantuan BKBJ Tahun 2022

bkbj

Terkini: Bantuan RM1000 Bagi Pasangan Pendapatan Bawah RM5,000. Senarai Inisiatif Bantuan BKBJ Tahun 2022. Terdapat banyak pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, negeri mahupun syarikat korporat sebelum ini. Dan terdapat juga pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang ada namun tidak ramai yang tahu ialah Bantuan BKBJ yang mungkin ramai terlepas pandang. Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu dan menolong meringankan bebas rakyat Malaysia.

Bantuan RM1000 Bagi Pasangan Pendapatan Bawah RM5,000. Senarai Inisiatif Bantuan BKBJ Tahun 2022

Bantuan RM1000 Bagi Pasangan
Bantuan RM1000 Bagi Pasangan

Apakah Itu Bantuan BKBJ?

Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) ialah merupakan suatu usaha dan caknaan kerajaan Johor. Ia adalah merupakan satu insentif yang bakal memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Johor sebagai tanda penghargaan dan kasih kerajaan negeri kepada semua rakyat Johor. Tujuan penubuhan bantuan BKBJ ini adalah untuk membantu dan memastikan rakyat Johor yang memerlukan mendapat pertolongan dari Kerajaan Negeri Johor.

Apakah Diantara Inisiatif Bantuan BKBJ?

Terdapat bayak inisiatif bantuan BKBJ, antaranya ialah:

  1. Inisiatif i-Berkat: Bantuan yang bakal membantu 1,600 golongan B40, warga emas dan OKU dengan dana RM1 juta diperuntukkan. Di bawah skim ini, penerima boleh membeli barang keperluan seperti pesakit kronik dan terlantar.
  2. Insentif mesra PPR: Bantuan kategori penempatan ini akan memberi pengecualian sewa rumah PPR bagi tahun 2022 kepada 11,511 penyewa membabitkan peruntukkan RM22.25 juta.
  3. Insentif mesra Rumah Sewa Kerajaan (RSK): Pengecualian sewa rumah kerajaan bagi tahun 2022 kepada 3,020 penyewa dengan melibatkan dana sebanyak RM 3.95 juta
  4. Bantuan Raja Sehari: Bantuan RM1,000 akan diberikan kepada setiap pasangan pengantin yang pertama kali berkahwin dengan pendapatan bersama RM5,000 ke bawah. Inisiatif ini melibatkan peruntukan RM10 juta.
  5. Bantuan geran kepada Southern Volunteers yang melibatkan dana sebanyak RM800,000.
  6. Bantuan geran kepada Majlis Belia Negeri Johor sebanyak RM200,000
  7. Bantuan geran kepada Dewan Muda Johor sebanyak RM200,000

Dan terdapat banyak lagi inisiatif yang disedikan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam usaha membantu meningkatkan dan meringankan beban rakyat.

Apakah Syarat Kelayakan Untuk Memohon Inisiatif Bantuan BKBJ?

Syarat kelayakan untuk membuat sebarang permohonan adalah bergantung pada terma dan syarat setiap inisiatif. Antara syarat utama kelayakan adalah merupakan anak negeri Johor. Untuk mengetahui syarat dan kelayakan permohonan, anda boleh merujuk pada laman yang dilampirkan dibawah:

Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ)

Permohonan Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ)

bkbj

Kepada mereka yang memerlukan bantuan atau pertolongan dari pihak Kerajaan,anda boleh membuat permohonan berdasarkan kriteria permohonan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Johor. Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi pihak yang disenaraikan oleh kerajaan Johor. Anda boleh merujuk maklumat bantuan dan mengetahui cara permohonan dengan merujuk seperti laman dibawah:

Maklumat Dan Permohonan Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ)

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila rujuk  di https://www.johor.gov.my/

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Aras 1,Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,Kota Iskandar,79000 Iskandar Puteri, Johor

Talian Am: +607 266 6070 / +607 266 6071
Faks: +607 290 9022 / +607 290 9955

Bantuan BKBJ, Bantuan Mesra Rakyat

Kerajaan Negeri Johor sentiasa komited dan pantas dalam membantu rakyat Johor. Melalui peruntukan kerajaan Johor, penyaluran inisiatif bantuan BKBJ akan dapat dilaksanakan dengan baik dan pemberian bantuan akan lancar kepada golongan yang memerlukan. Oleh itu, sebagai rakyat negeri Johor haruslah berasa bersyukur dan berterima kasih atas kecaknaan Kerajaan Negeri Johor.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati