Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Elaun Keluarga Sejumlah RM150-RM1000 Kepada Keluarga Malaysia B40 l Semak Status Anda Segera

ELAUN KELUARGA
Bantuan Elaun Keluarga

Bantuan Elaun Keluarga Sejumlah RM150-RM1000 Kepada Keluarga Malaysia B40 l Semak Status Anda Segera. Kerajaan Malaysia menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM150-RM1000 kepada seluruh keluarga rakyat Malaysia. Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), badan kerajaan cakna terhadap pelbagai lapisan dari golongan muda,golongan tua,bujang dan berkeluarga. Kerajaan Malaysia telah menyediakan bantuan berupa jumlah wang kepada mereka yang layak dan dinilai menepati kelayakan.

Bantuan Elaun Keluarga Sejumlah RM150-RM1000 Kepada Keluarga Malaysia B40 l Semak Status Anda Segera

Sejajar dengan tema kerajaan Malaysia “keluarga Malaysia”, kerajaan Malaysia telah mewujudkan badan kerajaan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan keluarga yang ada di Malaysia dari pelbagai golongan bangsa,budaya yang berbeza terdiri dari mereka yang muda, tua, bujang atau berkeluarga mendapat bantuan atau wang ihsan daripada tanggungan kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu, dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah merangka pelbagai bantuan khas kepada mereka yang layak dengan mengukur taraf kehidupan, pekerjaan dan lain-lain berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Antara mereka yang dapat memperoleh bantuan adalah dari kalangan berkeluarga. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga cakna kepada golongan berkeluarga bagi membantu saraan hidup yang kian bertambah tinggi dari semasa ke semasa. Oleh itu, kerajaan Malaysia dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengumumkan elaun khas kepada golongan berkeluarga ini.

Bantuan Elaun Keluarga
Bantuan Elaun Keluarga

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan bantuan kewangan berupa elaun sebanyak RM150-RM1000 sebulan kepada golongan keluarga yang mempunyai kanak-kanak.

Apakah Itu Bantuan kanak-kanak (BKK)?

Bantuan ini diperuntukan oleh Jabatan kebajikan masyarakat dibawah program prihatin golongan keluarga yang mempunyai jagaan anak-anak dan anak-anak yang tiada penjagaan. Kerajaan amatlah prihatin kepada mereka yang memerlukan bantuan. Dalam usaha membantu golongan tersebut kerajaan telah memperuntukan elaun khas tersebut demi mengurangkan beban. Ini adalah bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Berapakah Kadar Bantuan Kanak-Kanak (BKK)?

Bantuan Elaun Keluarga
Bantuan Elaun Keluarga

Minimum  sejumlah RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :

  1. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  2. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  3. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.

Apakah Kriteria Kelayakan Khusus Bantuan Elaun Keluarga?

Bantuan Elaun Keluarga
Bantuan Elaun Keluarga

Berikut merupakan kriteria kelayakan yang ditetapkan:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas akan dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Bantuan-bantuan Kerajaan Terbaru Tahun 2022 :

Permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Permohonan bantuan elaun Bantuan kanak-kanak (BKK)  boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan diteliti dahulu untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bertujuan dan bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan permohonan, anda perlu membawa beberapa dokumen penting seperti

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil lahir anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Sebarang dokumen yang berkaitan

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus rujuk ke mana-mana cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan anda. Permohonan bantuan adalah dibuka bila-bila masa tanpa tarikh tutup dan nilai bantuan adalah RM150-RM1000 sebulan tertakluk kelayakan yang ditetapkan.

“Bantuan Keluarga Menjamin Kelansungan Hidup Rakyat”

Ini adalah merupakan tanda cakna kerajaan Malaysia terhadap slogan “keluarga Malaysia”. Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam meringankan beban dan membantu mengurangkan kos sara hidup kepada golongan berkeluarga di Malaysia. Bantuan kerajaan akan dapat memanfaatkan ramai golongan rakyat Malaysia.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati