Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Program Bantuan Kanak-Kanak Official Sehingga RM 1,000 Bulan Julai 2022 l Bantuan Kerajaan

bantuan kanak kanak rm1000

Program Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM 1,000 Bulan Julai 2022 l Bantuan Kerajaan. Kanak-kanak merupakan tanggungjawab bersama, oleh itu, kerajaan Malaysia juga sentiasa komited dalam memberi perhatian dan memastikan tumbesaran mereka seiring dengan kepentingan kesihatan dan pendidikan. Dengan berwibawa kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai bantuan khusus kepada kanak-kanak.

Salah satu bantuan khas kepada kanak-kanak yang ada disediakan adalah melalui “Program Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM 1,000 Bulan Julai 2022”. Ini adalah merupakan sebuah program inisiatif berupa bantuan dari segi sokongan kewangan kepada mereka yang mempunyai jagaan kanak-kanak. Ini merupakan usaha kerajaan untuk menggalakkan golongan yang memerlukan.

Tujuan utama  bantuan ini diwujudkan adalah untuk menyokong dan membantu keluarga yang memerlukan bantuan daripada kerajaan dalam menyediakan keperluan yang terbaik kepada kanak-kanak.

Program Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM 1,000 Bulan Julai 2022 l Bantuan Kerajaan

Apakah Itu Bantuan Kanak-Kanak?

image 336
Program Bantuan Kanak-Kanak Official Sehingga RM 1,000 Bulan Julai 2022 l Bantuan Kerajaan 3

Untuk makluman umum, bantuan kanak kanak adalah merupakan program insentif bantuan dari pihak kerajaan Malaysia dibawah Jabatan Kebajikan Masyarat yang disalurkan khas kepada Keluarga dan kanak kanak yang berkelayakan untuk membantu meringankan beban serta meneruskan kelangsungan hidup dan mendapat jagaan yang secukupnya.

Menerusi pengumuman Datuk Seri Rina binti Mohd Harun untuk tahun terbaru, selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat telah berkata kenaikkan bantuan Bantuan Kanak-kanak sehingga RM 1,000 pada tahun ini berbanding RM 450 pada tahun sebelum.

Apakah Syarat Kelayakan Bantuan Kanak-Kanak?

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi bantuan kanak-kanak:

  • Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia dan bermaustatin melebihi tempoh ditetapkan
  • Keluarga yang mempunyai anak berumur 18 tahun dan kebawah
  • Pendapatan isi rumah tidak boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (Purata miskin isi rumah semasa atau Purata miskin per kapita)

Berapakah Kadar Bantuan Kanak Kanak Bagi Tahun 2022?

Kadar bantuan kanak-kanak yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia ada penambah baikan dari segi kadar bantuan berbanding tahun lepas. Berikut merupakan kadar bantuan yang ditetapkan bagi bantuan kanak-kanak:

  • Bagi kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah akan mendapatkan bantuan sebanyak RM 200 sebulan seorang
  • Bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun akan mendapatkan bantuan sebanyak RM 150 sebulan seorang
  • Untuk makluman, maksimum sehingga RM 1,000 sebulan bagi sebuah keluarga

Permohonan Bantuan Kanak-Kanak Tahun 2022

Bagi mereka yang ingin membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan kanak-kanak taun 2022, anda boleh ikuti cara-cara permohonan dibawah:

  1. Sila layari portal rasmi JKM –   Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  2. Di halaman tersebut telah dinyatakan maklumat dan dokumen yang diperlukan, sila baca sepenuhnya
  3. Anda perlu muat turun borang berkaitan (Borang JKM 18 dan JKM 20) yang telah disediakan di ruangan bawah kanan halaman utama laman tersebut
  4. Sila isi selengakapnya maklumat pada borang dan sediakan dokumen diperlukan
  5. Kemudian hantar borang pada jabatan kebajikan masyarakat berdekatan anda untuk proses permohonan.

Jika anda mempunyai sebarang permasalahan semasa proses permohonan atau ingin mengetahui lebih perperinci berkenaan bantuan ini, sila hubungi talian khas JKM di 03 8000 8000 atau pergi ke pejabat JKM berdekatan.

Berikut Merupakan Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Di Tahun 2022:

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati