Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor 2021

image 358
Official Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor 2021 4

Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor 2021 bagi sesi September 2021 telah dibuka kepada anak kelahiran negeri Selangor.

Yayasan Selangor telah mengumumkan bahawa tawaran bantuan kewangan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah untuk sesi September 2021 telah pun dibuka secara rasmi.

yayasan selangor 819x1024 1 e1630505503509
Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor 2021

Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor 2021

Bantuan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah yang ditawarkan ini dibuka kepada seluruh anak kelahiran negeri Selangor yang sedang menyambung pengajian ataupun telah menerima tawaran melanjutkan pengajian. Pengajian adalah diperingkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda SEPENUH MASA di mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun  Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor) tempatan yang setaraf dan diiktiraf oleh pihak Kerajaan.

Bantuan pembiayaan yang ditawarkan adalah berbentuk pinjaman pelajaran boleh ubah tanpa faedah dikenakan. Pembiayaan ini hanya terbuka kepada pemohon yang merupakan warganegara Malaysia dan anak rakyat negeri Selangor memenuhi syarat ditetapkan.

Sekiranya pemegang Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor ingin mendapatkan pengecualian bayaran balik pinjaman pelajaran sehingga 100%, mereka perlu menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh ditetapkan serta mendapat keputusan yang cemerlang, tertakluk kepada terma dan syarat.

Maklumat Penting Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor 2021

Tarikh Buka : 1 September 2021

Tarikh Tutup : 30 September 2021

selangor

Syarat-syarat Kelayakan untuk Memohon

Semua anak kelahiran negeri Selangor yang berkelayakan dan memenuhi syarat kelayakan di bawah amat digalakkan untuk memohon.

  1. Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia
  2. Pemohon atau ibu atau bapa mestilah lahir di negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau pemohon mestilah telah bermastautin di negeri Selangor lebih daripada 10 tahun dan perlu mendapatkan pengesahan daripada Ahli Dewan Negeri/Penghulu/ Ketua Kampung di kawasan dalam negeri Selangor
  3. Pendapatan isi rumah keluarga mestilah di bawah RM 3,000 sebulan
  4. Pemohon juga mestilah tidak atau belum menerima bantuan kewangan pelajaran dari mana-mana agensi pembiayian pendidikan
  5. Pelajar yang merupakan Tajaan Yayasan Selangor di bawah program RKPYS/HIPERS akan diberikan keutamaan dan haruslah berstatus kelahiran negeri Selangor. Segala pemberian keutamaan yang ditetapkan adalah muktamad dan dibawah kendalian pihak Pengurusan Yayasan Selangor.

Cara Permohonan Pembiayaan Boleh Ubah Selangor 2021

  • Permohonan mestilah dilakukan secara manual dengan mengisi dan melengkapkan borang permohonan:
  • Borang permohonan yang telah lengkap perlulah disertakan dengan dokumen yang dikehendaki (rujuk pada Senarai Semak dalam borang permohonan), kemudian dihantar kepada pejabat Yayasan Selangor beralamat:

Bahagian Pembiayaan Pendidikan
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan atau maklumat lanjut boleh berhubung dengan pihak berkaitan Yayasan Selangor seperti berikut:

Selain itu, kami juga ada kongsikan pelbagai bantuan kerajaan seperti Biasiswa Kemasukan ke AkBukhary International University (AIU) dan lain-lain.

Perkongsian Bersama 

Semoga perkongsian berkaitan Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor 2021 ini dapat memberi manfaat kepada anak kelahiran Selangor untuk mendapatkan pembiayaan pelajaran sepanjang tempoh pengajian. Anda juga boleh berkongsi artikel ini dengan kaum keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang layak menerima bantuan ini.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati