Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bacaan Doa Qunut Ratibah (Subuh) dan Perbezaan dengan Doa Qunut Nazilah

doa qunut
Bacaan Doa Qunut Ratibah (Subuh) dan Perbezaan dengan Doa Qunut Nazilah 4

Tahukah anda mengenai hukum doa qunut dalam solat Subuh? Artikel ini menerangkan apakah doa qunut, jenis doa qunut, hukum membaca doa qunut, dan lafaz doa qunut ratibah dan nazilah.

Apakah itu Doa Qunut?

Doa qunut ialah zikir yang khusus yang mengandungi ucapan doa dan puji-pujian kepada Allah SWT. Ia boleh untuk diucapkan dengan mengandungi ayat-ayat al-Quran dengan syarat hendaklah seseorang itu berniat membaca doa qunut.

Dalil Berkenaan Doa Qunut

Doa qunut ratibah ini disunatkan dibaca di dalam solat sunat witir dan juga solat fardhu subuh berdasarkan mazhab al-Syafi’e. Doa Qunut Nazilah pula dibaca dalam solat fardu berjemaah hendaklah dibaca dengan jahar (kuat) sama ada bagi solat fardu sirriyah (dibaca perlahan) iaitu solat Zohor dan Asar, dan bagi solat fardu jahriyyah (dibaca kuat) iaitu solat Subuh, Maghrib dan Isyak. Qunut nazilah dan qunut subuh, dilakukan selepas ia ruku’ .

Hadis daripada Abu Hurairah ra. Beliau berkata:
"Rasulullah Saw. jika beliau mengangkat kepalanya dari ruku' pada rakaat kedua solat subuh beliau mengangkat kedua tangannya lalu berdoa: "Allahummah awal fii man hadait ... dan seterusnya". (HR. Hakim dan dia mensahihkannya).

Hadis Riwayat dari Salim dari Ibnu Umar ra:
"Bahawasanya Ibnu umar mendengar Rasulullah SAW apabila beliau mengangkat kepalanya dari ruku' pada rakaat terakhir solat subuh, beliau berkata:" Ya Allah laknatlah sifulan dan si fulan ", sesudah beliau menucapkan sami'allahu liman hamidah. Maka Allah menurunkan ayat: "Tidak ada bagi kamu sesuatu pun urusan mereka itu atau dari pemberian taubat terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang yang zalim" (HR Bukhari). 

Hukum Membaca Doa Qunut

Hukum membaca doa qunut dalam solat subuh pada I’tidal rakaat kedua adalah sunnah ab’ad. Sunnah Ab’ad bererti diberi pahala bagi yang mengerjakannya dan bagi yang lupa mengerjakannya disunnahkan menampalnya dengan Sujud sahwi.

Jenis-jenis Doa Qunut

Doa qunut terbahagi kepada dua iaitu:

Qunut Ratibah:

Disunatkan dibaca pada dua tempat iaitu:

  • Pada Iktidal di dalam rakaat yang kedua solat Subuh
  • Pada Iktidal yang terakhir dalam solat sunat Witir bermula pertengahan bulan Ramadhan.

Qunut Nazilah:

Disunatkan dibaca di dalam solat ketika berlaku sesuatu musibah atau bencana khususnya ketika ianya melibatkan orang muslim.

Bacaan Doa Qunut Ratibah

Berikut adalah doa qunut subuh atau solat witir yang anda boleh jadikan panduan ketika solat.

12936580 994978737249759 1198294399258776318 n
Bacaan Doa Qunut Ratibah (Subuh) dan Perbezaan dengan Doa Qunut Nazilah 5

Bacaan Rumi: Allaahummahdinii fii man hadaiit, wa aafinii fii man aafaiit, wa tawallanii fi man tawallaiit, wa baarik lii fiimaa a’thaiit. Wa qinii syarra maa qadhaiit. Fa innaka taqdhii wa laa yuqdhaa ‘alaiik. Innahu laa yadzillu maw waalaiit. Wa laa ya’izzu man ‘aadaiit. Tabaarakta rabbanaa wa ta’aalait. Fa lakal-hamdu ‘alaa maa qadhaiit, Astaghfiruka wa atuubu ilaik wa shallallahu ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummuyyi wa ‘alaa aalihii wa shahbihii wa sallam.

Terjemahannya: Ya Allah tunjukkanlah kami sebagaimana orang yang Engkau berikan petunjuk, Dan sejahterakanlah kami sebagaimana orang yang Engkau sejahterakan, Pimpinlah kami sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin, Dan berkatilah hendaknya untuk kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku, Jauhkanlah dari kami sebarang kejahatan / takdir buruk yang Engkau tentukan (untuk hari ini), Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkausa menetapkan sesuatu selain dariapda Engkau, Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu, Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi, Telah memberi berkat Engkau, oh Tuhan, Dan Maha Tinggi Engkau, Maka bagi Engkaulah segala pujian terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan, Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau, Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Bacaan Doa Qunut Nazilah

Berikut adalah doa qunut nazilah untuk dibaca ketika umat Islam ditimpa musibah.

qunut nazilah 819x1024 1
Bacaan Doa Qunut Ratibah (Subuh) dan Perbezaan dengan Doa Qunut Nazilah 6
Bacaan Rumi: 'Allahumma ‘Inna Naj-‘Aluka Fi Nuhuri ‘A‘-Da ‘Inna‚
Wa Na-‘Uzu-Bika Min Syuru-Rihim,
Allahumma Baddid Syam-Lahum
Wa Farriq Jam-‘Ahum‚
Wa Syattit Kalimata-Hum,
Wa Zal-Zil ‘Aqda-Mahum,
Wa Sallit ‘Alayhim Kalban Min Kilabik‚
Ya Qahha‚ Ya Jabbar‚ Ya Muntaqimu
Ya Allahu‚ Ya Allahu‚ Ya Allah‚
Allahumma Ya Mun-Zilal-Kitab‚
Ya Mujriyas-Sahab‚
Ya Hazimal Ahzab
Ihzim-Hum, Ihzim-Hum,Ihzim-Hum, Wan-Surna ‘Alayhim'


Terjemahannya: Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami,
dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,
Ya Allah pecahkan pakatan mereka,
Ya Allah leburkan pendirian mereka,
Ya Allah musnahkan langkah mereka,
Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,
Ya Allah yang Maha Memaksa,
Ya Allah yang Maha Perkasa,
Ya Allah yang Maha Membalas,
Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,
Yang turunkan kitab,
Yang gerakkan awan,
Yang tewaskan tentera Ahzab,
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan kemenangan untuk kami.

Soalan FAQs Berkenaan Doa Qunut

Apakah itu doa qunut?

Doa qunut ialah zikir yang khusus yang mengandungi ucapan doa dan puji-pujian kepada Allah SWT.

Apakah jenis doa qunut?

Doa Qunut ratibah dan nazilah

Apakah hukum membaca doa qunut?

Hukum membaca doa qunut dalam solat subuh pada I’tidal rakaat kedua adalah sunnah ab’ad.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati