Pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional maklum mengenai Jawatan Guru Tabika Perpaduan S29 Januari 2024 bagi pengambilan bulan Januari 2024. Peluang pekerjaan yang dibuka adalah berkaitan dengan pendidikan di bawah JPNIN.
Seperti yang kita ketahui JPNIN adalah merupakan sebahagian jabatan yang sangat memainkan peranan penting dalam memastikan hal ehwal kebajikan rakyat Malaysia terjaga.
Bagi para pemohon pula ianya adalah suatu peluang pekerjaan yang harus dibuat permohonan dengan kadar segera dan perlu diambil cakna dengan pemberitahuan dari pihak JPNIN. Permohonan adalah boleh dimohon segera dan para calon boleh merujuk maklumat ringkas jawatan Guru Tabika Perpaduan S29 Januari 2024.
Makluman Jawatan Guru Tabika Perpaduan S29 Januari 2024
Isi Kandungan
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional(JPNIN) adalah merupakan salah satu jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita. JPNIN bertanggungjawab dalam memastikan hal ehwal pendidikan dan kebajikan anak-anak serta masyarakat malaysia ambil berat oleh kerajaan semasa ke semasa.
JPNIN adalah merupakan jabatan yang ditempatkan di seluruh negeri dalam malaysia. Jadi, mereka seringkali membuka peluang pekerjaan untuk tawaran orang ramai bagi memenuhi keperluan dan kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Tawaran Kerja JPNIN
Sila ambil maklum mengenai jawatan Guru Tabika Perpaduan S29 Januari 2024 yang dibuka ini. Anda boleh merujuk dan membuat semakan mengenai penerangan skop kerja peluang pekerjaan yang telah dibuka.
Berikut adalah maklumat dalam bentuk jadual bagi Jawatan Guru Tabika Perpaduan S29 Januari 2024 serta penerangan lengkap:
Maklumat Jawatan | Penerangan |
---|---|
Jawatan | Guru Tabika Perpaduan Gred S29 |
Gred | S29 |
Lokasi | Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Negeri Sembilan Darul Khusus |
Jadual Gaji | RM1,493.00 – RM5,672.00 – (Min – Max) |
Kumpulan Perkhidmatan | Sokongan |
Tempoh Permohonan Jawatan Kosong di JPNIN
Pastikan para calon membuat permohonan jawatan sebelum tarikh tutup bagi jawatan guru tabika perpaduan s29 januari 2024 iaitu pada 15 Januari 2024. Oleh itu, diminta untuk membuat semakan segera beberapa maklumat yang perlu para calon ketahui dan boleh merujuk cara permohonan seperti yang kami lampirkan di bawah.
Skop Kerja Jawatan Guru Tabika Perpaduan S29 Januari 2024
Berikut adalah merupakan beberapa skop kerja bagi jawatan guru tabika perpaduan s29 januari 2024:
- Melaksanakan tugas Pengajaran dan Pembelajaran (Pdp) setiap hari mengikut kurikulum yang telah ditetapkan.
- Merancang PdP yang boleh mewujudkan dan merangsang minat untuk meneroka sesuatu yang baru serta meningkatkan motivasi supaya bersedia untuk belajar.
- Membimbing murid semasa menjalankan aktiviti harian di tabika supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
- Melaksanakan penilaian berterusan berkaitan perkembangan murid serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Syarat Kelayakan Permohonan Kerja
untuk memohon jawatan Guru Tabika Perpaduan S29 Januari 2024 adalah perlu para calon membuat permohonan berdasarkan syarat-syarat kelayakan. Untuk itu anda boleh meneliti terlebih dahulu penetapan syarat-syarat yang telah ditetapkan:
- Calon adalah mesti mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas
- Merupakan warganegara Malaysia
- Mempunyai Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Prosedur Mohon Kerja di JPNIN
Cara Mohon Jawatan Guru Tabika Perpaduan S29 Januari 2024
Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan Darul Khusus atau boleh diperolehi
dengan melayari laman web JPNIN di ruangan “Perkhidmatan Borang”.
Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan
melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Lantikan Dan Kenaikan
Pangkat 2005.
Dokumen yang Perlu Disediakan Dalam Urusan Permohonan
Berikut adalah dokumen yang perlu disediakan oleh para calon untuk membuat permohonan:
- Borang Permohonan berserta gambar terkini (berukuran passport) yang tidak dikembalikan.
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Kelahiran
- Salinan Sijil Kelulusan Akademik
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah,
- Salinan Lesen Memandu
- Sijil Vaksinasi Covid -19 sebagai dokumen tambahan.
Pengesahan dokumen perlu dilaksanakan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional, ADUN, Imam, Mahkamah Seksyen/Pesuruh Jaya Sumpah, Penghulu atau
Pengerusi Rukun Tetangga dan Pemimpin Masyarakat yang diiktirafkan.
Dokumen sokongan tersebut yang berkaitan dan perlu disahkan dan dihantar ke alamat seperti berikut :
Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi NasionalNegeri Sembilan Darul Khusus, Tingkat 12, Wisma PersekutuanJalan Dato’ Abdul Kadir, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
Nama saya Brenda. Mencari perkerjaan sebagai guru tadika. Mempunyai Diploma in Early Childhood.
Sila hantar iklan kerja kosong