Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan RM500 Kepada Rakyat Malaysia l Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia

BANTUAN ELAUN RM500
Bantuan Elaun RM500

Bantuan RM500 Kepada Rakyat Malaysia l Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam memberi perhatian kepada rakyat terutama mereka yang memerlukan. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah menubuhkan jabatan khas dalam usaha membantu rakyat. Terdapat banyak bantuan daripada kerajaan sediakan,antaranya bantuan berbentuk elaun khas kepada rakyat Malaysia yang layak. Tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Dibawah badan kerajaan JKM, bantuan akan disalurkan kepada mereka yang menepati kriteria seperti mana ditetapkan dibawah.

Bantuan RM500 Kepada Rakyat Malaysia l Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memainkan peranan penting dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia dibawah program prihatin masyarakat Malaysia yang diselia oleh kerajaan Malaysia. Bantuan sebanyak RM500 yang berbentuk elaun bulanan adalah tertakluk pada kerelavanan sumbangan bantuan kepada individu sahaja.

Walaubagaimanapun, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjalankan dan menyumbang sumbangan sesuai perangkaan dan bancian masyarakat setempat mengikut taraf hidup dan tanggungan keluarga.

Melalui peruntukan kerajaan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyumbangkan bantuan kepada mereka dari pelbagai golongan antaranya golongan tua atau warga emas, muda, berkahwin, ibu tunggal dan lain-lain dengan mengikut kriteria yang ditetapkan untuk menerima bantuan dari kerajaan Malaysia secara elaun bulanan.

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bantuan berbentuk elaun bulanan sebanyak RM500 kepada golongan tua atau warga emas. Dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bantuan tersebut merupakan bantuan:-

Bantuan RM500 Warga Emas (BWE)

  • Bantuan tersebut sebanyak Bantuan RM500
  • Diberi secara bulanan kepada mereka yang dari golongan warga emas.
  • Tujuan pemberian bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti kita yang mempunyai pelbagai lapisan masyarakat.

Syarat Kelayakan Bantuan RM500

Sumbangan bantuan elaun sebanyak RM500 sebulan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah tertakluk kepada kriteria KELAYAKAN KHUSUS seperti yang disenaraikan dibawah:-

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang bukan tinggal  di:
  •  Institusi kendalian JKM; atau
  • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
  • ATAU  Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Permohonan Bantuan RM500 Warga Emas (BWE) l Masyarakat Prihatin Perlu Cakna

Bagaimana Permohonan Bantuan RM500 Warga Emas (BWE) Tahun 2022 Boleh di Buat?

Permohonan bantuan elaun Bantuan Warga Emas (BWE)  boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan diperiksa dahulu untuk penilaian bagi memastikan sah kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bertujuan dan berkenan dengan prinsip penyampaian bantuan yang mengikut kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan permohonan, anda perlu membawa beberapa dokumen penting seperti

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil lahir anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Sebarang dokumen yang berkaitan

Apa Borang Berkaitan Untuk Permohonan?

Ada 2 borang yang berkatian yang patut kita ambil maklum, 2 borang tersebut ialah JKM 18 Borang Permohonan Bantuan dan JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan.

Sebarang maklumat lanjut, pemohon boleh terus rujuk ke mana-mana cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdekatan anda. Permohonan bantuan adalah dibuka bila-bila masa tanpa tarikh tutup dan nilai bantuan adalah RM500 sebulan tertakluk kelayakan yang ditetapkan.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati