Jawatan Kosong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41

Jawatan Kosong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41

Jawatan Kosong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). SPA menawarkan sebanyak 8 kekosongan dan 15 simpanan bagi pengambilan kali ini. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 30 November 2021 (Selasa), jam 11:59 malam.

Individu yang dilantik ke jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 ini akan ditempatkan di bawah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Sehubungan itu, pihak SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Keterampilan yang baik.
  2. Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
  3. Bakat kepimpinan.
  4. Ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
  5. Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Jadual Gaji Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41

Gaji Minimum RM 2,081.00
Gaji Maksimum RM 9,547.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusipengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai reskod perkhidmatan yang baik.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,081.00);atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institute pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,285.00).

Kelayakan Bahasa Melayu

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-syarat Ukuran Fizikal dan Pancaindera

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini


Di sini admin nak kongsikan iklan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : IKLAN-SPA9_PG-RELA-PegawaiPertahananAwamGredKP41

Cara Permohonan

  1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
  2. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
  3. Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
  4. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!