Ketika hujan turun dengan lebat ramai mencari cara claim insurans rumah banjir sebagai persediaan dan langkah berjaga-jaga seandainya terjadi perkara yang tidak diingini. Ramai di antara kita yang tidak mempunyai kesedaran atau tidak tahu bagaimana untuk claim insurans rumah banjir.
Hal ini adalah kerana bencana kebiasaannya tidak terjadi secara kerap dan ianya berlaku secara tiba-tiba tanpa kita sedari dan tidak sempat membuat persediaan apa-apa pun. Terdapat banyak perkara yang anda boleh lakukan bagi memastikan anda layak mendapat hak pampasan untuk kediaman anda.
Claim Insurans Rumah Banjir Bantu Kurangkan Kerugian
Isi Kandungan
Apakah Itu Insurans Rumah?
Insurans yang dapat melindungi diri anda daripada mengeluarkan sebarang kos yang besar serta memastikan diri anda senang sentiasa bersedia dalam menghadapi bentuk-bentuk risiko sebagai pemilik rumah termasuklah bencana banjir ini.
Pembelian insuran banjir adalah perlu berhati-hati kerana tidak semua insuran rumah itu mempunyai perlindungan yang khusus untuk banjir. Berdasarkan polisi insurans rumah di dalam negara Malaysia secara asasnya insurans akan melindungi perkara asas seperti api, petir dan letupan. Untuk kes banjir pula kebiasaannya perlu membayar sejumlah tambahan dalam memastikan rumah anda mendapat perlindungan daripada risiko bencana alam
Harta yang Dilindungi Dalam Insurans Rumah Banjir
terdapat pelbagai pilihan polisi insurans di pasaran untuk dipilih oleh anda. Untuk perlindungan harta adalah diberikan ianya bergantung kepada polisi insurans yang anda beli. Namun, secara asasnya insuran banjir yang ditawarkan adalah mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Berikut adalah ciri-ciri perlindungan ditawarkan oleh insurans rumah banjir:
- Kerosakan pada struktur binaan rumah. Polisi insuran melindungi kerosakan struktur pada bahagian binaan rumah. Sebagai contohnya dinding, bumbung dan lain-lain. Kerosakan pada binaan rumah diambilkira dengan faktor air banjir yang mengalir deras serta keupayaan untuk menjejaskan binaan rumah.
- Memberi jaminan perabot dan barangan di dalam rumah. Bagi kes banjir adalah polisi insurans akan melindungi kelengkapan asas di dalam rumah. Terdapat juga polisi insurans yang memperkenalkan untuk melindungi kerosakan bagi barangan elektrik yang asas seperti contohnya mesin basuh, peti sejuk dan lain-lain.
Polisi insurans rumah banjir mungkin berbeza-beza mengikut kepelbagaian fikir. Untuk itu anda disarankan untuk membuat penelitian yang rapi berkenaan polisi yang pihak insurans tawarkan.
Cara Claim Insurans Rumah Banjir Dengan Mudah
Tuntutan Insurans Banjir LPPSA
Untuk kakitangan awam yang telah mengambil skim pembiayaan di bawah LPPSA, mereka boleh membuat tuntutan insurans banjir melalui panel insurans yang telah berdaftar di bawah skim perumahan LPPSA. Untuk makluman kepada semua tidak semua panel insuran di bawah LPPSA ini menawarkan perlindungan daripada kes banjir.
Secara umumnya pembiayaan perumahan sektor awam melalui lppsa terdapat perlindungan di bawah polisi perlindungan pemilikan rumah jangka panjang (LTHO) daripada pihak panel insurans atau takaful lppsa yang telah ditetapkan oleh pelanggan semasa membuat permohonan pembiayaan.
Untuk pengetahuan semua panel insurans di bawah tuntutan insurans LTHO adalah seperti berikut;
- Zurich General Takaful Berhad
- Etiqa General Takaful & General Insurans Berhad
- Takaful Ikhlas General Berhad
- Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
Cara Claims Insurans Rumah Banjir Melalui Panel Insurans
Bagi cara claim insurans rumah banjir untuk LPPSA adalah seperti berikut:
Zurich General Takaful Berhad
Anda boleh menghubungi talian hotline 03-2109 6845. Untuk cara dan maklumat, anda boleh rujuk infografik dibawah.
Etiqa General Takaful
Bagi membuat tuntutan Anda perlu menyediakan butiran seperti gambar video dan rakaman situasi banjir. Anda perlu menghantar butiran tersebut melalui WhatsApp nombor yang tertera mengikut negeri.
- Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Penang, Kedah, Perak dan Perlis boleh hubungi 011-1630 6646.
- Negeri Terengganu , Kelantan, Johor, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah boleh hubungi 018-226 3288.
Takaful Ikhlas General Berhad
Anda boleh menghubungi pihak syarikat di talian 03-2723 9696/ 03-2723 9696 atau terus email ke alamat [email protected]. Setelah anda menghubungi melalui talian seperti di atas pihak insurans akan menyelaras dan menghubungi anda dalam tempoh 24 jam daripada notis pemberitahuan anda. Proses tuntutan perbezaannya diambil dalam masa sebanyak tiga hari daripada penerimaan mengenai tuntutan anda.
Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
Bagi membuat tuntutan terdapat beberapa perkara yang perlu anda sediakan semasa menghubungi pihak syarikat insurans seperti nama, nombor mykad, nombor sijil takaful, nombor telefon, emel, anggaran kerosakan dan alamat rumah yang terjejas banjir.
Setelah pada itu anda boleh menghubungi pihak syarikat insurans bagi menghantar butiran yang anda kumpulkan ke talian 1-300 88 252 385 atau terus e-mel ke alamat [email protected].
Diharapkan perkongsian cara claim insurans rumah banjir ini dapat membantu dan menjawab persoalan anda berkenaan masalah tuntutan insuran rumah banjir. Untuk tuntutan anda perlulah mengikuti ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat insurans.